“Bagi Saya Tak Penting,” Netizen Kagum Jawapan M Nasir Bila ‘Throwback’ Zaman Susah

M.Nasir adalah nama yang sangat besar dan berpengaruh dalam industri muzik tanah air. Lagu-lagu ciptaanya malar segar dan menjadi pilihan ramai orang walaupun lahir dari zaman yang berlainan. Namun, setiap yang berjaya pasti ada sisi perjuangan hidup yang tidak mudah.

Baru-baru ini, netizen kembali memperkatakan kembali video temu ramah penyanyi Srikandi Cintaku yang pernah diterbitkan tahun lalu bersama seorang deejay radio tempatan.

Video berdurasi 20 minit menceritakan bagaimana M.Nasir sebelum memulakan kariernya di dalam muzik. M Nasir membesar di kawasan setinggan sebelum berpindah ke flat. Dalam kelompok mereka di kawasan tempat tinggal berkenaan ramai yang meminati muzik genre blues. Abangnya suka memperkenalkan dia kepada album dan muzik yang bagus.

Sumber: The Hive Asia

Perbualan menjadi menarik apabila M.Nasir ditanya bila apa agaknya waktu susah yang dihadapi penyanyi itu. Maklum sahajalah, kebanyakkan kumpulan rock pernah makan mi segera sebab tak ada duit.

“Saya tak pernah susah. Itu tak penting bagi saya. Saya alami benda itu semua tapi tak faham itu satu kesusahan. Saya rasa itu perkara yang saya  perlu laluinya sahaja,”

Jawapan M.Nasir itu ternyata menerima respon positif daripada netizen di laman sosial.

Betul la apa dikata lagenda M Nasir kita. Hidup ini memang banyak ujian. Tapi kita kena laluinya sahaja. Bertabahlah semua!

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna