Badan Perlukan Rehat, Ketahui Masa Tepat Untuk Ambil Cuti Panjang

Wanita bekerjaya akan lebih banyak waktu bekerja berbanding ‘me time’. Kenyataan ini disokong oleh Perunding Perubatan Respirator Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr. Tini Maharani Hassan yang mengatakan wanita bekerjaya terpaksa bekerja 15 jam sehari lebih lama setiap minggu memandangkan tugas dan tanggungjawab tambahan yang terpaksa digalas mereka apabila di rumah.

“Tak ramai yang sedar, tugas dan peranan wanita dalam reproduktif turut memberi kesan kepada kesihatan diri selain turut meningkatkan tekanan terhadap diri mereka,” tambahnya.

Mana tidaknya, bayangkan lima hari bekerja dan hanya dua hari saja cuti iaitu pada hujung minggu. Itu pun kalau betul-betul tak ada kerja, kalau ada kerja yang perlu diuruskan pada sabtu dan ahad? Macam mana nak ‘me time’? Mungkin perkara ini tak nampak kesan pada mereka yang belum berkahwin. Cuba fikir bagi golongan wanita yang sudah berkahwin. Adakah 15 jam sehari baik untuk kesihatan?

via GIPHY

Setiap masalah yang datang pasti ada jalan penyelesaiannya. Seperti yang dikongsikan seorang Doktor Klinik Kesihatan, Dr Nimelesh, tanda seseorang perlu berehat dari dunia bekerja apabila mereka sedang mengadapi beberapa simptom ini. Antaranya…

  1. Hilang rasa seronok bila membuat kerja walhal sebelum ini ia memberi anda keseronokan.
  2. Semua perkara nak ambil serius. Tak boleh bergurau sikit
  3. Bersikap overthinking sepanjang masa.
  4. Mudah beremosi dan melenting.

Cuba ingat balik keadaan diri anda sejak kebelakangan ni. Ada tak kelima-lima ciri di atas? Kalau ada, sebaiknya ambil cuti dan pergilah berehat. Jangan terlalu fikirkan soal kerja kerana sampai bila-bila kerja di pejabat takkan habis. Sayangilah badan anda.

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut: Kalau Bercuti Dekat Adelaide Australia, Restoran Halal Apa Je Yang Ada? , Spot Best Di Langkawi Untuk Percutian Bersama Anak

 

 

 

 

 

 

Sumber: unsplashpressreader

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna