Badan Nak Guna Lama, Ikuti Tip Ini Untuk Jaga Tulang Belakang

Aduuuhh.. Rasa lenguh-lenguh badan ni..” sambil tumbuk-tumbuk belakang badan.

Perasan tak kalau kita lepas buat kerja rumah atau duduk dekat kerusi office mesti rasa sakit-sakit belakang. Mungkin ada yang menganggap itu adalah perkara biasa bila dah buat kerja terlalu berat atau duduk terlalu lama. Tanggapan tu salah!

Sebenarnya, cara kita duduk yang salah. Ha.. Mana yang salah tu? Kalau nak tahu, jom lihat penerangan dari seorang Doktor Perubatan, Dr. Kamarul Ariffin tentang cara kita menjaga tulang belakang kita.

Cara jaga tulang belakang!

Cuba ingat balik atau tengok keadaaan badan anda sekarang. Posisi anda sedang dalam keadaan yang macam mana? Mesti kebanyakannya duduk dalam keadaan bukan 90 darjah kan? Ha, salah tu dan boleh jadi antara punca sakit belakang.

Meriba komputer riba…

Selain itu, Dr. Kamarul juga menunjukkan postur badan yang betul ketika meriba koputer riba dan memandu.

Mengangkat barang

Cara mengangkat barang jangan membongkok kerana ia akan memberi bebanan yang tinggi bahagian tulang belakang bawah dan ketika membawa bebanan pun, badan haruslah rapat dengan barang untuk mengelakkan sakit belakang.

Gunakan troli

Kalau ada mesin, kenapa nak penatkan badan? Gunakan troli untuk mengurangkan beban dan cara mengalih barang dari kanan ke kiri pun ada cara yang betul tau. Kalau salah, boleh tergeliat tulang belakang nanti, ihiks!

Sayangilah badan anda, badan tu nak guna lama. Nanti belum sampai 40 tahun, tulang belakang berbunyi-bunyi bila bergerak. Lagi menyedihkan, orang lain elok je ke sana ke mari, kita ni dah ketuk-ketuk tulang belakang sebab sengal. Aduh.. nak ke?

Kalau tak nak, praktikkan nasihat yang disarankan oleh doktor perubatan ni ye? Bye!

 

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel berikut:

 Prestasi Kerja Terjejas Akibat Kesihatan Mental Berpunca Dari Tempat Kerja ,

Kajian Membuktikan Kesihatan Mental Anak-Anak Lebih Terjamin Jika Ada Adik-Beradik

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna