Badan Bersaiz Besar Tiada Masalah Untuk Berfesyen

Bentuk badan yang besar seringkali menjadi bahan ejekan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Lebih teruk lagi, ejekan dan diskriminasi ini boleh menyebabkan kesan negatif. Antaranya, tertekan dengan penampilan, tahap keyakinan diri mereka rendah lebih-lebih lagi apabila perlu berhadapan dengan orang, gemar bersendirian, tidak berani berfesyen, tidak mahu mencari pasangan dan lain-lain lagi.

Sumber: internet

Menurut Pensyarah Kanan Psikologi, Unit Psikologi Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan Bersepadu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Alvin Ng, selalunya sangkaan orang terhadap individu yang saiz badan yang besar ini adalah individu yang pemalas, kurang kawalan diri atau kurang personaliti.

Tahun lepas, Malaysia digemparkan dengan kritikan di Facebook berbaur body shaming di sebuah pertunjukan fesyen daripada seorang individu yang cukup disegani dalam industri fesyen negara masa ini iaitu Zaihani M Zain atau lebih dikenali sebagai Kak Zai.

Sumber: klick.my

Di tambah pula di twitter baru-baru ini, kecoh tentang saiz badan kurus dan gemuk. Masing-masing mengeluarkan pendapat mereka. Antaranya seperti di bawah.

Ini sudah menggambarkan betapa kritikalnya situasi masalah saiz badan dalam dunia fesyen di Malaysia. Oleh itu, Donna telah menemubual seorang pengusaha dalam bidang fesyen iaitu Alia Najihah Alias, Pengasas dan selaku pemilik butik Mek Kembang Cotton yang diilhamkan daripada nama arwah neneknya.

Bagi dirinya, berfesyen untuk mereka yang bersaiz besar bukan lagi masalah zaman kini. Anda juga boleh kelihatan elegan, berfesyen mengikut trend terkini dan bergaya dengan penuh yakin dengan tubuh badan anda.

Sebagai seorang pereka fesyen, lagilah dia ingin membuktikan kepada orang ramai bahawa saiz badan sebenarnya tidak menjadi penghalang untuk kelihatan cantik. Justeru, dia juga meminta kepada wanita yang berada di luar sana sebelum berfesyen, pastikan minta pandangan daripada orang yang lebih arif.

Dia juga mengalu-alukan wanita ke butiknya untuk dapatkan khidmat nasihat fesyen ketika bersantai, baju yang sesuai untuk pengantin, nikah atau apa-apa majlis keramaian kerana dia inginkan wanita Malaysia mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam dunia fesyen.

Donna sempat bertanyakan kepada Alia, adakah benar pakaian berwarna hitam dapat menutup seseorang dari kelihatan gemuk? Dia menjawab, tidak sama sekali. Warna hitam hanyalah warna selamat. Badan bersaiz gempal boleh pakai warna apa saja mengikut kesesuaian kulit. Yang penting, design baju tersebut.

Mungkin bagi sesetengah pihak sudah bosan dengan perkara ini kerana sering diutarakan melalui media cetak dan elektronik tapi, inilah hakikat masyarakat masa kini menjadi masalah utama.

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna