Baca Watak Lelaki Hanya Dengan Warna

Selalunya lelaki kata wanita sukar untuk difahami, tapi yang sebenarnya lelaki pun sama sahaja. Tidak semua lelaki senang dibaca perwatakkannya.  Namun begitu, setiap makhluk yang diciptakan di dunia ini mempunyai keunikkan dan ragamnya yang tersendiri dari segi sifat, tingkah-laku dan perwatakkan. Begitulah warna-warni kehidupan dicorakkan dengan pelbagai ragam manusia. 

Kalau anda nak tahu, salah satu cara untuk membaca perwatakkan lelaki adalah menilai dari segi pemilihan warna kegemarannya. Ya! Pemilihan warna juga menunjukkan keperibadian seseorang.

Namun, pasti ada di antara wanita di luar sana mengatakan terlalu keterlaluan untuk membaca watak lelaki dari segi pilihan warna kegemaran mereka. Malangnya, telahan mereka salah sama sekali kerana perkara inilah yang memudahkan diri anda untuk menjalankan kehidupan seharian bersama mereka pada hari akan mendatang.

Antara warna mengikut warna kegemaran mereka adalah:

Merah

Sumber: Instagram Fattah

Kebanyakkan lelaki gemar memakai pakaian merah hati kerana dapat memberi impak yang besar kepada diri mereka dalam keyakinan diri. Jadi lelaki yang gemarkan pakaian bewarna merah, mereka ini seorang yang agresif, bertenaga, berani dan sentiasa ingin mencuba benda yang baru.

Selain itu, mereka suka menonjolkan diri mereka kerana mereka gemarkan kuasa dan perhatian. Malah, golongan ini turut dikatakan mempunyai tahap seksual yang tinggi.

Hitam

Sumber: Instagram Syafiq Kyle 

Warna hitam juga menjadi salah satu kegemaran para lelaki kerana mereka gemarkan kehidupan yang sederhana, sempoi dan tidak sukakan perhatian. Namun, mereka akan tetap menunjukkan kuasa, berani dan sentiasa bersedia dengan cabaran yang bakal dihadapi.

Mereka juga adalah jenis yang sentiasa menjaga penampilan mereka supaya kelihatan elegan, kemas dan versatile walaupun warna pilihan mereka warna yang ringkas. Tidak cukup dengan itu, mereka juga seorang yang sofisticated serta boleh menyesuaikan diri.

Biru

Sumber: berita steady

Bagi lelaki yang gemar dengan berwarna biru, mereka jenis yang pemalu dan pasif dalam banyak hal kerana lebih suka kedamaian dan ketenangan. Hal ini mungkin menyebabkan mereka sering mengalami masalah dalam hubungan kerana cenderung menyembunyikan perasaan dan tidak suka meluahkan perasaan.

Selain itu, mereka juga dalam kategori lambat membuat keputusan tetapi bukan bermakna mereka jenis yang lambat berfikir. Mereka memang lelaki yang akan berfkir secara mendalam sehingga lambat membuat keputusan. Jadi, anda perlu banyak bersabar dengan lelaki yang gemar baju biru ye?

Coklat

Sumber: instagram daler

Warna perang acap kali dianggap sebagai warna tanah yang mempunyai ciri-ciri kekuatan dan kestabilan. Bagi anda yang gemar memakai pakaian dengan warna ini, anda adalah seorang yang konservatif, menghormati orang tua dan sukakan keamanan serta mencari kekuatan.

Pandangan orang lain terhadap anda yang suka memakai warna perang adalah anda seorang yang boleh diharap, bijak dan rasional.

Putih

Sumber: pinterest

Seperti kita ketahui, warna putih adalah simbol kesucian, kebebasan dan kesederhanaan. Oleh itu, ramai individu cenderung untuk membeli sesuatu yang berwarna putih apabila mereka ingin memulakan bab baru dalam kehidupan mereka.

Warna putih menggambarkan individu yang sentiasa berfikiran positif dalam hidup, teratur, sukakan permulaan baharu dan sentiasa ingin mencapai kesempurnaan.

Sumber: BillyIDN Times

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna