Baca Simptom Bila Mata Si Kecil Mula Rabun

Mata adalah salah satu organ utama kerana tanpa dua biji bola mata, kita gagal melihat keindahan dunia. Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebanyak 1.3 bilion penduduk dunia berdepan dengan pelbagai masalah gangguan penglihatan.

Masalahnya, anak-anak kita pandai ke nak beritahu masalah penglihatan yang mereka hadapi? Lebih-lebih lagi, bila umur mereka baru nak masuk tiga hingga ke 10 tahun. Jangan ingat kanak-kanak tak boleh hadapi masalah rabun. Sebagai ibu bapa kita kena ambil tahu simptom masalah penglihatan dari peringkat awal.

via GIPHY

Di sini, kami akan membuat perkongsian daripada seorang doktor mata, Dr Lael Salim tentang tanda anak kita mengalami rabun pada usia muda. Antaranya…

Tak dapat beri perhatian dalam kelas

Cuba perhatikan tingkah laku mereka ketika di kelas atau selepas pulang dari sekolah. Jika lepas pulang dari sekolah mereka tak dapat tangkap apa mereka pelajari ataupun cikgu mengadu anak kita tak beri perhatian, jangan terlalu cepat melabel mereka bosan. Mungkin mereka tak nampak sebenarnya.

Sumber: twitter

Suka mengecilkan mata

Biasanya bila si manja kecilkan mata, akan ada ‘pinhole effect’ dan penglihatan mereka akan nampak lebih jelas sebab cahaya lebih tertumpu pada sesuatu objek. Jadi, bila nampak anak anda sering mengecilkan biji mata ketika membaca buku atau menonton televisyen, teruslah pergi buat check-up penglihatan mata.

Suka sengetkan kepala atau palingkan muka

Nampak macam menjeling tapi sebenarnya mereka mencari posisi yang membolehkan penglihatan mereka melihat dalam keadaan lebih jelas. Selalunya simptom ni terjadi apabila mereka menonton television atau melihat sesuatu objek yang jarak tak jauh lebih dua meter dari mereka.

Suka melihat pada jarak terlalu dekat

Pernah tak kita cakap dekat anak kita, “tengok TV macam nak masuk dalam TV!”, itu adalah tanda paling ketara untuk mengetahui penglihatan si manja rabun.

via GIPHY

Mengadu sakit kepala

Tolong alert bila si manja mengadu sakit kepala. Jangan ambil enteng, lebih-lebih lagi jika mereka mengadu sakit kepala yang berterusan atau berpanjangan. Sebaiknya bawa mereka berjumpa dengan doktor kerana selain masalah dalam kepala, mungkin sebenarnya masalah penglihatan yang boleh diselesaikan dengan pemakaian kaca mata.

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat ibu bapa di luar sana!

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

‘Trick’ Untuk Si Pemakai Cermin Mata

Penting! Koronavirus Boleh Lekat Pada Baju, Ini Cara Nak Cuci

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna