Baca Ini Kalau Nak Oven Anda Bersih Berkilat Macam Baru Beli!

Impian setiap wanita untuk memiliki dapur yang cantik, kemas dan lengkap dengan semua peralatan dapur. Kalau kita kerap menggunakan peralatan tertentu, kita kena pastikan ia betul-betul bersih supaya dalam digunakan lebih lama. Kalau kita tak jaga betul-betul, oven kita akan dipenuhi dengan kotoran lemak makanan.

Bila kita malas nak bersihkan, kotoran dekat oven itu akan jadi semakin degil dan susah kita nak bersihkan. Kalau tak mahu bersusah payah, anda pergilah cari pembersih yang ‘kuat’ cuma ia dipenuhi dengan bahan kimia.

Tapi kali ini lain sikit. Kami nak bagi petua macam mana nak bersihkan oven tanpa bahan kimia yang merepek. Anda hanya perlu gunakan dua bahan sahaja iaitu cuka dan baking soda.

via GIPHY

Kedua-dua bahan ini sebenarnya bagus untuk membersihkan oven secara semulajadi berbanding bahan kimia berbahaya yang boleh memberikan kesan buruk kepada diri anda.

Baking soda digunakan untuk membersihkan bahagian dalam oven. Anda boleh campur dengan minyak esensial sebagai pewangi.  Bahagian luar oven pula iaitu dipermukaan kaca, anda boleh gunakan cuka dicampur sedikit air.

Cara yang lebih terperinci seperti di bawah:

via GIPHy

  1. Campurkan 3/4 cawan baking soda dan 1/4 air panas. Tambah 3 titis minyak esensial untuk tambah wangi.
  2. Keluarkan isi oven terlebih dahulu dan rendam di dalam campuran sabun selama beberapa jam. Lap dan bersihkan rak oven menggunakan span dan baking soda. Pastikan rak anda bukan dibuat daripada aluminium kerana ia boleh merubah warna.
  3. Lumurkan baking soda di dalam oven dan biarkan semalaman. Tapi ingat, bahagian dalam oven sahaja tau. Tak perlu lumur pada bahagian pintu oven.
  4. Bersihkan kaca dan pintu oven menggunakan air dan cuka dengan jumlah yang sama. Semburkan cairan tersebur pada bahagian kaca dan pintu oven menggunakan kain.

via GIPHY

Dengan melakukan beberapa langkah yang kami cadangkan tadi. Oven anda akan berseih berseri macam baru beli. Anda boleh lakukan aktiviti membersihkan oven seminggu sekali atau setiap kali selepas anda memanggang sesuatu. Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna