Baby Shima Nafi ‘Jual Diri’ Seperti Dipaparkan TV Indonesia

“Kecoh baru-baru ini apabila dikatakan ramai selebriti di Indonesia terlibat dengan kerja tidak bermoral dengan menawarkan khidmat seks untuk golongan VVIP.”

Tidak terkecuali selebriti yang berasal dari Malaysia dan terkenal di Indonesia terkena tempias iaitu Baby Shima. Penyanyi yang aktif sebagai penyanyi dangdut di Indonesia dengan lantang menafikan terlibat dalam aktiviti pelacuran online selepas gambarnya disalah guna dalam laporan sebuah program hiburan di Indonesia berhubung kes enam artis wanita yang didakwa melakukan jenayah berkenaan.

Menurut Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Shima Ramli, di laman sosialnya dia amat terkejut dan kecewa apabila gambarnya digunakan dalam laporan tersebut sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan peminatnya.

Sumber Foto: Instagram Babyshima

“Hari ini saya agak kecewa dan terkejut kerana mendapat berita daripada pihak pengurusan bahawa gambar saya terpampang dalam sebuah program televisyen. Walhal saya tidak terlibat dalam jenayah pelacuran tersebut. Saya berharap sesiapa yang mengenali diri tidak salah faham dan dapat membantu untuk membersihkan nama kerana ia telah memberi impak buruk kepada diri saya,” ujar Baby Shima dalam sebuah video yang dimuat naik.

Sumber Foto: Instagram Babyshima

Dunia hiburan Indonesia sebelum ini digemparkan dengan penahanan dua artis negara berkenaan iaitu Vanessa Angel dan Avriellia Shaqqila yang didakwa terlibat dalam aktiviti pelacuran itu.

Sumber Foto: Instagram Babyshima

Kemudian pihak berkuasa Indonesia mendedahkan nama enam artis wanita terbaru yang didakwa terlibat dalam aktiviti pelacuran secara online. Enam artis tersebut ialah Maulia Lestari, Fatya Ginanjarsari, Riri Febianti, Aldira Chena, Tiara Permata Sari dan Baby Shu yang disalah anggap sebagai Baby Shima.

 

 

 

Sumber :msn

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna