Baby PKP! Angkasawan Negara Bakal Timang Anak Kembar Lagi

Tiga bulan lebih Malaysia menjalani fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menangani wabak berjangkit, COVID-19. Selama itu jugalah kebanyakan rakyat bekerja di rumah.

Biasalah, bila dah duduk rumah, masa dengan keluarga dan pasangan lebih banyak. Mulalah kebanyakan rakyat membuat jenaka hujung tahun ini hospital bakal menerima kelahiran bayi yang tinggi.

via GIPHY

Kembar yang kedua!

Salah satunya isteri angkasawan pertama negara, Sheikh Muszaphar Shukor yang kini 13 minggu sedang sarat mengandung anak kembar buat kali kedua! Perkongsian berita gembira ini dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya.

Menurutnya, beliau bersyukur sangat kerana dikurniakan rezeki anak kembar lagi untuk kali kedua tapi di sebalik kegembiraanya terselit kerisauan terhadap isterinya kerana sebenarnya sangat berisiko bila mengandung anak kembar.

“Saya kesian sangat dekat isteri saya kena bekerja menjadi barisan hadapan COVID-19 walaupun sedang sarat mengandung tapi apa yang saya boleh bagi sokongan padanya adalah naikkan berat badan sama seperti dirinya,” tulisnya dalam nada jenaka.

Beliau turut memberi pesanan ringkas untuk isterinya untuk kuat sepanjang mengandung kembar kali ini dan dia sanggup menjaga kebajikan anaknya.

Maknanya, empat cahaya matanya iaitu Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah bakal dapat adik kembar lagi. Fuh! Mesti meriah lagi rumah.

Tahniah doktor dan sekeluarga!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, kik saja senarai artikel berikut:

“Teman Isteri Bersalin Bergantung Pada Hospital,” – Dr Noor Hisham

Fakta ‘Baby Oil’ Yang Belum Anda Ketahui

 

 

 

 

Sumber: instagram

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna