Azam Nak Kurus Sebelum Raya? Jom Cuba Menu Sahur Ini

Alamak berat badan dah naik kalau baju raya tak muat nanti macam mana ni! ”  

Haa datang je bulan puasa, mesti ada di antara anda yang mahu ambil kesempatan untuk menurunkan berat badan, betul tak? Nak kurus semasa bulan puasa adalah waktu yang paling tepat sebab anda hanya makan dua kali sehari jadi mudah lah kan untuk anda dapat berat badan yang ideal masa raya nanti.

Tapi ingat jangan pula anda makan berlebihan semasa waktu berbuka mahupun sahur. Mesti anda tengah terfikir menu apa yang sesuai untuk sahur kalau tengah diet ni kan? Jangan risau Donna ada resepi mudah dan cepat untuk anda yang nak kurus sebelum raya. Jom buat Smoothie Strawbery dan Pisang untuk juadah sahur, bukan setakat kurus anak-anak pun pasti suka!

Smoothie Strawberi dan Pisang

Bahan-bahan

1 Pisang

1 Cawan Nestle UHT Strawberry Milk

1 Sudu kecil madu

2 Biji Strawberi

Cara Penyediaaan

Potong pisang dan strawberi. Masukkan semua ke dalam mesin pengisar sehingga teksturnya lembut. Sedia untuk dihidangkan. 

Mudahnya nak buat smoothie ni! Dengan adanya buah-buahan seperti pisang dan strawberi ia mampu membekalkan tenaga anda dan keluarga sepanjang waktu berpuasa. Tak perlu susah-susah untuk sediakan bahan ni, sebab semuanya mudah didapati di Giant. Wahh lepas ni bila berat badan dah turun, mesti nampak meletop bila pakai baju raya nanti! Apa-apa pun, Donna ucapkan selamat menjalani ibadah puasa.

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna