Azabnya Rasa! Ramai Wanita Dalam Pantang Menangis Kerana Sakit Rengat

Tanyalah mana-mana wanita yang pernah berpantang, pasti teringat kesakitan yang dialami di sekitar faraj dan peranakan sewaktu berpantang.”

Sudahlah sakit semasa bersalin belum habis, sakit yang lain pula datang menyapa. Sakit rengat adalah sakit menyerupai senggugut yang seringkali menyerang wanita selepas bersalin. Ada pihak mengatakan sakit ini lebih kuat daripada sakit kontraksi semasa hendak bersalin dan berganda-ganda sakit semasa senggugut ketika datang bulan. Yang tidak kuat semangat memang boleh menangis la!

Sumber Foto: 123rf

Sakit rengat ini sebenarnya adalah antara proses pengecutan rahim kepada saiz dan posisi asalnya. Kesakitannya dikatakan lebih terasa ketika proses penyusuan ibu dilakukan. Ini kerana penyusuan ibu merangsang penghasilan hormon oxytocin, iaitu hormon yang diperlukan si ibu untuk mengecutkan rahimnya segera. Rahim yang lambat mengecut boleh menyebabkan berlaku tumpah. Tempoh kesakitan yang dirasai selalunya sekitar 2 hingga 10 hari bergantung kepada keadaan si ibu itu sendiri.

 

BAGAIMANA MENGHILANGKAN SAKIT?

Sumber Foto: 123rf

  • Kurangkan stres. Pasangan dan keluarga perlu pastikan ibu dalam pantang sentiasa dalam keadaan baik serta bahagia. Jika berada dalam keadaan tertekan, apa jua sakit di dunia yang dihadapi anda akan menjadi lebih teruk.
  • Pilihan terbaik adalah penggunaan ubat penahan sakit NSAID yang telah terbukti secara kajian memang berkesan. Gabungannya dengan ubat Paracetamol juga dilihat berkesan.
  • Lakukan teknik pernafasan yang betul, seperti mana yang anda praktikan saat ingin melahirkan anak. Cara ini juga membantu mengurangkan sakit rengat.
  • Cuba kencing dengan kerap. Pundi kencing yang penuh akan mengambil ruang rahim.

 

PETUA ORANG LAMA

Sumber: opahherbs.com

Petua tradisional juga boleh diamalkan seperti meletak tungku batu panas ke atas peranakan atau rahim wanita. Bertungku dapat membantu mempercepatkan rahim mengecut dan membantu darah yang tersekat untuk keluar dari badan. Berurut juga dapat melancarkan peredaran darah terutama di kawasan rahim dan dapat kurangkan sakit rengat. Bagi yang bersalin secara pembedahan, perlulah mendapat nasihat doktor terlebih dahulu agar tidak mengganggu penyembuhan luka dalaman. Selain itu, boleh juga cuba minum air ibu kunyit. Ibu kunyit dikatakan boleh mempercepatkan pengecutan rahim tetapi disarankan diambil dalam kuantiti yang sedikit.

 

Dapatkan pelbagai promosi menarik dengan hanya klik di link ini. 

 

 

Sumber: Dr Afiq Rahim

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna