Ayuh! ‘Short Trip’ Di Negeri Bersejarah

Sebut saja negeri bersejarah, pasti anda terfikirkan negeri Melaka. Iyalah, di sana bermulanya kisah apabila Parameswara Putera Raja dari Palembang terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Malah, disebabkan lokasinya di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur, negeri ini dijadikan sebagai pusat perdagangan Melayu di Timur.

Sehingga kini, barang dagangan pada abad ke-14, boleh didapati di Melaka. Misalnya, sutera dan porselin dari China, kain dari Gujerat dan Coromandel, India, kapur barus dari Borneo, cendana dari Timur, buah pala dan bunga cengkih dari Molucas, emas dan lada hitam dari Sumatera, timah dari Tanah Melayu sendiri serta banyak lagi yang boleh anda ketahui sejarah dari sana.

Sumber: utusan

Bukan itu saja, banyak lagi tempat-tempat yang menarik anda boleh kunjungi di sana. Antaranya…

Bustel

Bustel (BUS + hoTEL) Melaka adalah lokasi eksotik yang terletak di Pantai Klebang, yang mana lebih kurang 40 buah bas usang telah diubahsuai menjadi gerai dengan fasiliti asas yang lengkap. Setiap Bustel ini anda boleh menikmati makanan goreng-goreng atau pasta di kawasan itu sambil menikmati angin dan bunyi pantai. Bestkan?

Sumber: sinar

 The Shore Sky Tower

The Shore Sky Tower adalah bangunan yang tertinggi di Melaka dengan ketinggian 42 tingkat iaitu 153m! Di sini terdapat kafe iaitu the Sky Deli Restaurant untuk menjamu selera sambil menikmati pemandangan yang memukau dengan bertemankan akuarium yang penuh dengan ikan koi.

Sumber: advisor

Apa yang menariknya lagi, terdapat satu platform kaca lutsinar yang sengaja dibina untuk membolehkan pengunjung menguji keberanian berdiri di atas kaca lutsinar dengan ketinggian 153m. Ia amat sesuai pergi pada waktu malam kerana faktor cuaca yang panas.

Jonker Walk

Jonker Walk adalah salah satu lokasi tarikan utama di Melaka kerana terdapat pelbagai barangan unik dijual dengan harga yang berpatutan. Kepada yang gemarkan makanan yang pelik-pelik, di sini adalah tempat yang tepat untuk anda tuju.

Sumber: salwasaleh

Kalau nak senaraikan apa yang menarik lagi, memang sampai esok takkan habis. Apa kata, anda tidur di sana dan meneroka sendiri bandar bersejarah di sana. Jangan risau soal penginapan kerana anda boleh klik di sini untuk harga hotel yang berpatutan. Hanya di superdeals!

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna