Ayuh! Selamatkan Anak-Anak Rohingya, Mereka Generasi Masa Depan

“Ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali”

Bukan hanya tiada tempat untuk berteduh namun makan dan minum pun masih bergantung harap pada pertolongan orang lain yang mahu bersimpati dengan nasib menimpa mereka. Begitulah keadaan anak-anak Rohingya yang semakin ramai berteduh di negara kita sejak kerajaan Myanmar tidak lagi mengiktiraf etnik Rohingya sebagai warganegara. Adakah nasib mereka akan terus dibiarkan? Bagaimana masa depan anak-anak yang masih muda ni?

Mungkin masih ramai lagi yang belum tahu tentang keadaan sebenar mengenai kanak-kanak Rohingya yang masih tidak dapat peluang untuk belajar di sekolah dan tiada peluang untuk menuntut ilmu seperti orang lain. Malaysia sudah terkenal dengan sikap tolong-menolong dan saling menghormati jadi tidak hairan lah jika ramai warga asing yang berpindah di negara ini bagi meneruskan kehidupan tanpa ada sebarang konflik.

Image result for keadaan anak rohingnya

Sumber: mapim

Terpaksa Ikat Perut

Demi membela nasib anak-anak ini walaupun masih mempunyai status pelarian, Pengerusi Persatuan Rohingya cawangan Ipoh iaitu Mohd Hassan telah bekerjasama dengan 10 lagi rakan mengumpul sejumlah wang bagi membuka sekolah yang dikenali sebagai Darul Hidayah Academy pada bulan Mei lalu.

Tidak mampu lagi melihat mereka terpaksa menyuap rumput untuk meneruskan kehidupan tetapi itulah realiti yang anak-anak Rohingya harus tempuhi. Mungkin dengan jalan ini akan membuka peluang buat mereka untuk menimba ilmu pengetahuan walaupun tidak dapat melalui proses pendidikan sempurna seperti orang lain.

Image result for keadaan anak rohingnya

Sumber: radio

Ilmu Penyuluh Kehidupan

Tanpa ilmu kemungkinan keadaan akan bertambah lagi buruk apabila masalah sosial meningkat dan secara tidak langsung menyebabkan rosaknya akhlak dan peribadi kanak-kanak. Apabila perkara tersebut terjadi sedikit sebanyak ia akan mengganggu dan menjejaskan keharmonian di negara Malaysia.

Lirik ‘dunia tidak mendengar masalah Rohingya’ dinyanyikan oleh ribuan pelarian di bawah panas terik matahari bagi menuntut keadilan yang tidak pernah putus sehingga hujung nyawa mereka. Ya cukup besar pengorbanan dan ujian yang mereka tempuhi, jadi sebagai rakyat Malaysia ayuh hulurkan tangan bagi membantu mereka untuk hidup aman seperti mana kita miliki sehingga sekarang.

Jadi bagi anda dan anak-anak yang ingin turut bersama mendekati dengan lebih mendalam tentang nasib mereka, anda boleh mengunjungi Jungle Book The Musical: A Rohingya Journey yang bakal berlangsung pada 5 hingga 7 September di Dewan Budaya Auditorum Universiti Sains Malaysia, Penang. Hasi kutipan tiket juga akan digunakan untuk membantu anak-anak ini membesar dengan ilmu.

 

 

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini:

Jangan Panik! Payudara Sakit Tak Semestinya Kanser

 

 

 

Sumber: beritaharian

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna