Awas Wanita Jangan Mencuci Kawasan Intim Dengan Sabun!

Separuh daripada wanita di dunia menggunakan sabun biasa atau sabun mandi untuk mencuci bahagian sulit mereka.

Hal itu tidak mengejutkan kerana kurang kesedaran terhadap bahaya yang akan menanti mereka kelak. Kajian mengatakan kandungan pH di dalam sabun mandi berbeza dengan nilai pH yang diperlukan pada bahagian intim wanita.

Sumber Foto: 123rf

Alat sulit memerlukan penjagaan khas. Ramai yang tidak tahu, penggunaan produk yang bukan direka untuk bahagian tersebut mungkin boleh memudaratkan. Penjagaan bahagian intim seringkali dipandang remeh dan kebanyakan isu yang berkait rapat dengannya dipandang ringan sehingga membawa kepada masalah yang begitu besar kepada kesihatan wanita. Ini punca utama penyebab jangkitan kuman, pH vagina berubah, berbau, gatal, dan keputihan. Daripada gejala awal biasa terjadi, penyakit-penyakit ini kemudiannya merebak dan menjadi lebih serius seperti kanser pangkal Rahim atau kanser ovari hingga membawa maut. Jadi amat penting bagi setiap wanita mengetahui tentang kesihatan vagina anda agar keseimbangan pH alat sulit dalam keadaan normal.

Utamakan Penjagaan Alat Sulit!

Sumber Foto: 04uxrk33.com

  • Elakkan menyembur air secara kuat ke bahagian alat sulit. Tekanan air yang terlalu kuat akan mengganggu keanjalan bahagian sulit menyebabkan ia menjadi lembik.
  • Selain itu, wanita harus memilih seluar dalam jenis kain kapas supaya bahagian intim kering sentiasa dan menukar segera seluar dalam yang bersih selepas berenang atau melakukan aktiviti air.
  • Bersihkan kawasan intim anda setiap kali selepas melakukan aktiviti seksual. Jangan jadikan alasan penat atau letih membuatkan anda hanyut tidur selepas beraksi. Kebersihan alat sulit perlu diutamakan jika anda ingin menggunakannya dalam tempoh yang lama.
  • Keringkan alat sulit anda menggunakan tisu setiap kali selepas menggunakan tandas. Alat sulit yang dibiarkan lembap mudah dijangkiti kulat. Mulakan lap dari bahagian depan ke belakang agar bakteria yang berada di bahagian anus tidak dibawa ke bahagian intim anda.
  • Ketika datang bulan pula, amat penting untuk kerap menukar tuala wanita anda. Jika aliran haid tidak banyak, anda masih disarankan untuk menukar tuala wanita dengan kerap untuk mengelakkan bakteria membiak di kawasan intim.

 

 

 

 

 

Sumber: Prof Hafiz

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna