Awas! Pakar Kata, Ini Penyakit Sering Serang Musim Raya

Ha, siapa yang dah bedal macam-macam masa raya pertama tu..jaga-jaga!

Rupanya banyak penyakit boleh serang musim raya ni. Semua ni akibat pemakanan yang tidak dikawal. Maklumlah, raya kan setahun sekali. Setahun sekali tu lah kita invite segala jenis penyakit ke badan ye dak?

Donna sendiri tak nak anda semua terkena penyakit merbahaya tu. Untuk itu, dengan segera Donna contact Pakar ni dan tanya dengan lebih lanjut mengenai isu ini. Menurut Pakar Diet Pemakanan, Pn Arfah, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian tidak kira semasa menghadiri rumah terbuka atau pada hari-hari biasa adalah keseimbangan, kesedehanaan dan kepelbagaian.

Setiap sajian yang diambil haruslah pelbagai dan memenuhi diet seimbang dalam kuantiti sederhana terutama bagi pesakit yang mempunyai penyakit kronik bagi mengelakkan timbulnya masalah lain. Kita tidak menghalang pesakit mahupun golongan yang sihat untuk menikmati juadah tetapi perlulah bijak semasa memilih jenis dan kuantiti makanan tersebut.

Kurangkan pengambilan atau kuantiti makanan yang manis, berlemak dan masin contohnya seperti air berkarbonat atau kordial, kuih-muih manis dan lauk pauk yang mengandungi kandungan tinggi santan dan minyak.

Bahaya penyakit ‘Musim Raya’

Seperti yang kita maklum pelbagai hidangan enak disediakan ketika rumah terbuka, jika pengambilannya tidak dikawal dengan baik dan teratur, ia boleh mengundang pelbagai penyakit.

Pengambilan makanan berkarbohidrat dalam jumlah yang banyak dan masa makan yang tidak menentu boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak teratur seterusnya mengakibatkan pesakit boleh mendapat pelbagai komplikasi.

Juadah seperti kuah rendang, sambal ikan bilis, kuah laksa dan lontong mengandungi kandungan garam dan lemak tepu yang tinggi. Oleh yang demikian, pesakit yang mempunyai masalah darah tinggi atau hipertensi perlulah mengawal pengambilan garam yang berlebihan.

Penyakit yang sering terjadi semasa musim perayaan ialah tekanan darah tiggi, paras kolesterol tinggi dalam darah, paras gula dalam darah tinggi dan sakit perut akibat makan secara berlebihan.

Elak dengan cara ini

Ramai mengaku gagal mengawal nafsu makan apabila Aidilfitri menjelang. Pelbagai juadah enak seperti rendang, lemang, ketupat, nasi minyak, lontong sehinggalah kuih-muih, biskut raya dan kek pasti menyebabkan keinginan untuk makan begitu tinggi sehingga ada sesetengah individu makan apa saja tanpa memikirkan kesannya terutama bagi yang menghidap kencing manis dan darah tinggi.

Jadi ini antara tips untuk kita elakkan daripada penyakit-penyakit yang tak diingini ;

  1. Elakkan makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa
  2. Pilih air kosong daripada air manis dan berperisa.
  3. Pilih pencuci mulut yang kurang manis seperti buah dan sayur.
  4. Elakkan ambil kuah secara berlebihan.
  5. Makan secara sederhana dan konsistan.

Nampak tu, bukan tak boleh makan langsung. Tapi kawal secara berhemah, agithew! Yela, orang sekarang sibuk tak nak terkena virus merbahaya, kita pulak terlepas pandang risiko penyakit lain yang senang-senang je datang menyerang akibat nafsu makan yang tidak dikawal.

 

 

 

Baca juga:

5 Tip Untuk Masak Rendang  Tahan Lama

Raya Dengan Yakin! Elak 5 Jenis Makanan Yang Menternak Jerawat Di Muka

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna