Awas! Kenali Tanda-Tanda Anda Mengalami Masalah Buah Pinggang

Mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa penyakit seperti penyakit buah pinggang adalah disebabkan oleh pemakanan dan minuman kita seharian. Buah pinggang adalah organ di dalam badan kita yang berbentuk kacang dan sebesar satu genggaman. Kita mempunyai dua buah pinggang dan ianya terletak di tulang belakang tubuh pada aras pinggang.

Buah pinggang ini penting dalam badan untuk mencuci darah dari sisa buangan dan lebihan air yang diperlukan tubuh. Selain itu, fungsi buah pinggang juga adalah untuk mengawal tekanan darah dan menghasilkan sel darah merah.

Namun jika anda tidak menjaga buah pinggang anda dengan baik, pelbagai masalah buah pinggang yang akan anda hadapi. Di sini Donna ingin share kepada anda apakah tanda-tanda anda sedang menghadapi masalah buang pinggang. Gejala penyakit buah pinggang ini berbeza mengikut individu kerana mungkin ada yang tidak berasa sakit dan tidak menunjukkan tanda-tanda.

Selalunya, sesetengah orang mungkin mula rasa kurang sihat kerana fungsi buah pinggang telah merosot dengan ketara. Jadi apabila anda mempunyai tanda-tanda ini segera lah berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Baca:Jangan Mudah Terpedaya Dengan Doktor FB, Ambil Vitamin C Elak Covid

Kejang Otot

Kekejangan otot ini biasanya dialami oleh mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik. Jadi jangan buang masa jika kerap merasa kejang otot berjumpalah doktor yang pakar bagi mengetahui punca sebenar.

Gatal-gatal

Disebabkan terdapat bahan-bahan buangan dan toksik yang berlebihan di dalam darah, anda merasa gatal-gatal di badan. Ianya mengganggu sel-sel kulit kerana darah yang mengalir pada kulit.

via GIPHY

 

Sesak Nafas

Buah pinggang anda tidak boleh membantu dalam pengeluaran sel-sel darah merah menyebabkan kandungan oksigen tidak mencukupi di dalam badan. Apabila cecair terkumpul di dalam paru-paru, anda akan sukar untuk bernafas.

Perubahan dalam Air Kencing

Antara tanda yang anda boleh lihat untuk mengetahui buah pinggang anda adalah dengan melihat air kencing anda. Jika anda perasan bahawa air kencing anda berbuih, mempunyai darah anda mungkin mempunyai masalah buah pinggang. Selain itu jika anda kerap kencing daripada biasa dan kencing berlebihan ataupun kurang daripada biasa, anda diminta untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Rasa Loya, Letih dan Pucat

Sisa yang terkumpul di dalam badan anda akan menyebabkan rasa yang teruk di dalam mulut dan menyebabkan anda berasa mual dan loya. Anda mungkin akan kehilangan selera makan dan merasa seperti ingin muntah. Selain itu, anda berasa lesu dan letih serta sering mengantuk kerana kurang tenaga di dalam badan. Ini kerana sel-sel darah merah tak dapat dihasilkan secara baik menyebabkan anda merasa letih.

via GIPHY

 

Bengkak di Tangan, Kaki dan Kawasan di Sekitar Mata

Buah pinggang anda tidak mampu untuk mengeluarkan cecair yang berlebihan di dalam badan anda dan kemudiannya akan terperangkap di dalam badan. Ianya menyebabkan badan anda mudah bengkak kerana lebihan cecair yang akan memudaratkan seperti uric acid.

Jadi jika anda mengalami perubahan di dalam badan anda, segeralah dapatkan rawatan kerana penyakit buah pinggang ini kadang tidak menunjukkan sebarang simptom pada peringkat awal sehingga ianya dikategorikan sebagai penyakit yang membunuh secara “senyap”.

Baca:Kos Rawatan RM 8000, Anak Sah Positif Kawasaki Terpaksa Makan Ubat Pesakit Jantung Dewasa

Sebelum COVID-19, Dunia Pernah Bebas Dari Wabak Yang Membunuh 200 Juta Nyawa!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Freedomtolive

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna