Awas! Jangan Guna Ayat Ini Bila Komunikasi Dengan Mak Mertua

Hampir setiap hari semua orang akan berkomunikasi dan ia juga salah satu cara paling berkesan untuk mengeratkan silaturrahim terutama sekali dengan ahli keluarga atau dengan siapa saja yang berada di sekeliling kita. Malah, orang yang bisu dan pekak pun mereka akan berkomunikasi dengan cara mereka sendiri.

Pada artikel kali ini, apa yang Donna ingin ketengahkan adalah komunikasi dengan mak mertua. Walaupun baik macam mana hubungan anda dengan mak mertua tapi anda perlu berjaga-jaga dengan segala pergerakkan dan tutur kata. Takut tak kena, habis 7 keturunan jadi musuh! Ha… Nak ke?

Antara ayat yang harus dielakkan adalah….

“Masakan mak tak sedap la!”

Mungkin ada di antara pembaca Donna sering memberi komen rasa masakan mak sendiri tapi, dengan mak mertua, jangan sesekali komen rasa masakan dia. Tak sedap atau sedap, puji je. Kalau tak, nanti kena kata-kata pedas haa.. Muka macam ayam berak kapur la korang kat situ sorang-sorang.

Sumber: maskulin

Kalau nak komen juga, mungkin intonasi dan cara komen tu guna cara yang lebih lembut. Misalnya, “sedap dah masakan mak harini tapi kalau mak tambah lada putih sikit, mesti lagi padu! Tapi macam ni pun dah buat saya termimpi-mimpi tidur nanti” Ha.. bagi hint sikit lepas makan, korang nak tidur, ehiks!

“Ish! Yeke mak?”

Bunyi pun dah macam menindas kenyataan yang dikeluarkan oleh penghantar. Bayangkan kalau anda cakap ayat ni dengan mak mertua anda. Terguris hati mak mertua tu tau.

via GIPHY

Jalan penyelesaiannya, kalau anda tidak percaya dengan apa yang mak mertua cakap, anggukkan je kemudian keluarkan hujah-hujah anda penuh sopan dan intonasi yang lembut.

“Mak, esok nak bangun lewat ah!”

Oh! Ini adalah kesalahan paling besar kalau anda bercakap dengan mak mertua. Donna yakin, mesti anda semua kena ceramah punya lepas tu. Lagi-lagi kalau mak mertua anda jenis yang mementingkan disiplin.

Sumber:

“Baju apa mak pakai ni?”

Jangan sesekali komen apa yang mak mertua anda pakai lebih-lebih lagi bila guna ayat dekat atas ni. Sebaiknya, biarkan dia pakai apa pun asalkan dia selesa tapi kalau anda betul-betul sakit mata dengan pakaian dia, cuba gunakan ayat yang lebih sopan. Misalnya, “apa kata mak pakai baju ni, mesti lagi vogue!”

Ha… Donna rasa mudah je nak handle ragam ibu mertua ni kalau kita ‘berlakon’ baik depan mereka. Lagipun, tak ada rugi kalau bercakap dengan mak mertua berlapik. Suami tengok pun dia makin sayang, apatah lagi ibu mertua kita sendiri yang kita layan seperti ibu kita sendiri.

 

 

 

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna