“Awak Ni Membebel Je!” Ini Tip Nak Buat Isteri Berhenti Berleter Sepanjang PKP

Sebenarnya Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah satu nikmat di mana kita sekeluarga boleh berkumpul dan luangkan masa bersama-sama. Bukan senang nak dapat peluang ini. Tapi, benda boleh jadi tak seronok kalau ada isteri atau ibu yang kuat membebel. Sakit telinga kita.

Buat itu salah. Buat ini tak betul. Semua benda nampak tak kena. Lepas membebel mulalah tarik muka. Mood kita yang tadi ceria pun hilang entah ke mana. Baru ingat nak seronok-seronok terus masuk bilik memencilkan diri. Anak-anak pun tak rasa gembira dan lebih memilih facetime dengan kawan-kawan sebab ibu ayah asyik bising di rumah.

Sebagai ketua keluarga, memang kena buat sesuatu. Jangan biarkan situasi dan suasana tak ceria ini berpanjangan di rumah kita sendiri.

Kenapa ibu suka membebel?

Sebenarmya ada sebab kenapa para ibu berpelakuan begini. Mereka penat, sedih dan sunyi. Mana tidaknya, semua urusan rumah diletakkan di bahu isteri. Jadi, mereka merasakan berleter adalah cara yang paling cepat untuk betulkan keadaan.

Suami pula tak tahan dengar isteri membebel dan terus jerit,

“Awak ni diam boleh tak? bising”

Isteri pun tak nak kalah dan berlakulah pergaduhan sesama sendiri. Anak-anak mula rasa jauh dengan ibu bapa.

Jadi apa yang nak kena buat bagi berhenti bebel?

Tahniah! jika anda masih meneruskan membaca artikel ini ertinya anda menginginkan ketenangan dalam rumah tangga.

Penghargaan

Benda pertama yang kita kena lakukan mengembalikan semula sifat kasih-sayang dan penyayang ibu atau isteri kita. Caranya ialah ajarkan diri sendiri dan anak-anak kita ucapan terima kasih.

Tunjukkan penghargaan kepada ibu kita. Selain dari ucap terima kasih, cara lain untuk tunjukkan penghargaan ialah dengan tolong dia basuh pinggan atau kemas dapur. Siapa kata urusan mengemas ini hanya kerja orang perempuan. Ubah cara berfikir anda yang kuno itu. Semua wajib tahu mengemas rumah.

Memaafkan

Salah satu sebab kenapa ibu atau isteri kita membebel ialah mereka ada expectation tertentu. Mungkin ada sesuatu yang mereka inginkan tapi kita tak buat. Dia berharap kita akan sidai baju sendiri tapi kita tak buat. Jadi, cuba tanya elok-elok dan minta maaf. Maaf adalah sifat orang berani. Ia bukan tentang siapa betul atau siapa salah. Sekiranya ia boleh membuatkan hubungan keluarga jadi lebih baik, apa salahnya anda yang mulakan.

Komunikasi

Sudah masanya kita belajar untuk duduk berbincang. Dalam masyarakat kita, berbincang sesama ahli keluarga memang jarang orang nak buat sedangkan ia sangat penting. Tak semua benda boleh diselesaikan dengan jerit-jerit. Selalu ingatkan isteri dan ibu yang anda menyayangi mereka. Dengan ini mereka tak lagi rasa sedih kerana tak dihargai.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, apa kata anda cuba lakukan 3 benda ini dulu. Ajak anak-anak buat benda yang sama. Kalau bukan kita yang mulakan, siapa lagi?

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna