“Awak Nak Lari Saya Akan Bunuh…”- Wanita Ini Kongsi Pengalaman Hitam Dipukul Suami Selama 20 Tahun

“I was hurt… Dia tarik saya dari tangga, kemudian tumbuk dan sepak saya tanpa berkata apa-apa. Bukan itu sahaja, dia pernah pergi ke dapur dan ambil parang letak di leher saya.”

Seorang wanita apabila sudah bergelar isteri pasti akan menurut segala perintah pemimpinnya iaitu suami, namun bukan semua bernasib baik untuk memiliki seorang suami yang mampu melindungi isterinya. Bahkan keadaan bertambah buruk apabila ada segelintir suami  yang sanggup berubah menjadi seorang panas baran dan sanggup memukul isteri yang lemah. Jika perkara ini terjadi, pasti setiap wanita akan tertanya-tanya di mana sifat tanggungjawab sebagai seorang suami?

Wanita kuat bernama Sunthari terbuka untuk berkongsi pengalaman hitamnya bersama penyampai radio Kool FM, Ag, Muaz dan Haiza bagi dijadikan sebagai pengajaran buat wanita di luar sana. Menceritakan kisah selama hampir 20 tahun membina masjid dengan bekas suaminya akhirnya terlerai juga setelah dia tidak mampu lagi untuk bertahan.

Hubungan suami isteri ni ibarat bagai inai dengan kuku di mana kasih sayang yang telah bersatu sukar untuk dipisahkan namun siapa sangka setelah setahun perkenalan mereka membuat keputusan untuk berkahwin dan dua minggu selepas itu suaminya terus berubah sikap yang tidak dijangka.

Related image

Sumber : ignore

Sebelum Kahwin Tidak Pernah Tunjuk Sikap Agresif

“Sebelum kahwin dia tidak pernah langsung tunjuk sikap agresif, kadang-kadang saya yang rasa saya ada sifat lantang berbanding dia. Tapi selepas dua minggu kawin, detik itulah saya terima tamparan pertama tanpa tahu apa alasannya”

Sunthari juga menyatakan yang dia tidak pernah terfikir bahawa suaminya akan berubah serta merta tanpa tahu dimana kesilapannya. Ada satu masa dia dan suaminya pulang ke rumah mertua seperti rutin yang mereka sering lakukan. Tetapi secara tiba-tiba sikap suaminya berubah  menjadi dingin dan agak pendiam pada ketika itu.

“Saya masuk sahaja ke dapur, saya lihat di tangannya sudah ada parang dan dia cuba letakkan pada leher saya. Kalau saya cuba nak lari dia tidak teragak-agak untuk membunuh saya walaupun dia tahu bahawa kehidupannya akan meringkuk di penjara dan saya percaya dengan perkara itu boleh berlaku kerana kesakitan yang dia pernah pukul saya membuatkan saya percaya dia mampu melakukan perkara kejam tersebut walaupun saya isteri dia.

Image result for women abuse

Sumber : thephildea

Pilih Saya Atau Ayah?

Ramai yang menganggap Sunthari adalah seorang wanita yang bertuah sebelum dia mengahwini suaminya kerana pasanganya itu mempunyai sikap yang baik dan ada pekerjaan yang bagus. Kadangkala seseorang wanita itu bertahan bukan semata-mata kerana cinta yang telah diberikan namun Sunthari hanya berfikir bagaimana masa depan anak-anaknya jika tiada seorang ayah?

Mak pilih siapa saya atau ayah? Persoalan itu membuatkan Sunthari terkejut dan berasa sedih kerana selama ini anak-anaknya menganggap bahawa dia telah membuat keputusan untuk bertahan hanya kerana cinta dan sayang tetapi ia bukanlah seperti yang disangka. Bagi Sunthari anak-anaknya masih belajar dan perlukan sokongan dan semangat daripada kedua-dua pihak iaitu ibu bapa.

” Ini bukan pengorbanan Mak, nanti Mak yang terkorban dan saya tiada lagi tempat bergantung.”

Wanita Yang Perlu Bangkit Sendiri

Disebabkan itu Sunthari mendapat kekuatan untuk mengubah nasibnya dengan meminta bantuan daripada pihak WAO. Walaupun sebelum ini dia pernah membuat laporan polis hampir 4 kali, tapi masih tiada apa-apa tindakan yang diambil. Mengapa masih perlu takut sedangkan Sunthari mempunyai ramai pihak yang akan menyokongnya, jadi disitulah terdetik bahawa anggapan Sunthari selama ini ternyata salah.

Rata-rata wanita zaman kini takut untuk membuat keputusan kerana mereka berfikir keadaan akan bertambah teruk sekiranya bertindak  untuk melarikan diri. Tetapi ternyata tidak, malah masyarakat sedia membantu untuk membela nasib wanita yang didera. Akhirnya setelah 20 tahun, Sunthari telah memutuskan hubungannya bersama suami.

Lebih baik bercerai daripada mati secara perlahan-lahan dipukul oleh lelaki yang tidak berperikemanusiaan. Keperitan yang dialami oleh Sunthari boleh dijadikan pengajaran buat wanita dan juga lelaki di luar sana untuk menghargai jasa seorang isteri. Jangan sesekali menindas golongan yang lemah kerana mereka sentiasa berada dalam lindungan Allah dan doa mereka akan dimakbulkan.

Ikuti temubual penuh geng PHD; AG, Muaz dan Haiza bersama Sunthari dengan menonton video di bawah:

 

 

 

 

 

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Jangan Panik! Payudara Sakit Tak Semestinya Kanser

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna