Autisme Bukan Penyakit, Selamat Hari Autisme Sedunia!

Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun 2015 lalu, menunjukkan sebanyak 12,785 orang dewasa dan kanak-kanak autisme telah didaftarkan melalui Sistem Pengurusan Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU).

Namun, angka sebenar yang dikeluarkan oleh laporan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) pada tahun yang sama menunjukkan sebanyak 47,000 rakyat Malaysia mengalami masalah autisme dan angka ini meningkat setiap tahun sebanyak tiga peratus.

Sumber: rojak daily

Malangnya, tidak ramai rakyat Malaysia sedar dengan individu yang mengalami sindrom ini. Donna yakin masih ada lagi masyarakat tidak memahami apa itu sebenarnya sindrom autisme kerana kebanyakan kanak-kanak yang menghadapinya kelihatan normal seperti kanak-kanak biasa. Lihat sajalah dua cahaya mata istimewa pelakon Zarina Zainuddin iaitu Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, begitu sabar Kak Zarina kita menjaga mereka.

Menurut The Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, 5th Edition (DSM 5) Austime atau Autism Spectrum Disorder (ASD) dikategorikan sebagai satu penyakit psikiatri. Penyakit ini dikenali sebagai ‘Autism Spectrum Disorder‘ (ASD) dalam DSM 5.

Sumber: ohbulan

Kanak-kakak yang mempunyai sindrom ASD ini disebabkan gangguan perkembangan saraf sehingga mereka mempunyai masalah dari segi sosial, komunikasi verbal atau nonverbal dan masalah tingkah laku. Perubahan di dalam aspek-aspek ini boleh di lihat seawal usia 2 hingga 3 tahun.

Memetik sebuah kenyataan Doktor Pakar dari Crimea State Medical Universiti, Dr. Ramzdhan, punca autisme datangnya dari masalah genetik dan ianya tidak boleh dihilangkan begitu sahaja.

Selain itu, jika ibu yang mengandung terdedah dengan pencemaran udara terutamanya bahan metal, kesan ini akan menjejaskan kesihatan janin dalam kandungan sehingga boleh menjadi punca masalah autisme atau masalah serius yang lain.

Sumber: myipo

Kepada pasangan yang memiliki cahaya mata yang menghidapi sindrom autisme, bolehlah menyertai kumpulan yang ditubuhkan untuk ibu bapa yang mempunyai anak autisme supaya dapat meluangkan masa untuk mengetahui dan mempelajari autisme.

Ini dapat membantu ibu bapa lebih mudah mengawal pergerakan anak mereka, serta mengetahui bahawa bukan mereka seorang sahaja yang mempunyai masalah seperti ini.

Selamat Hari Autisme Sedunia!

Sumber: doctoroncallearly autisme project

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna