Asyik Tonton Korea Je, Apa Kata Anda Beralih Ke 4 Filem Romantis Thailand Ini!

Biasanya filem dari negara Korea akan menjadi pilihan utama ibu dan para gadis untuk dilayan pada hujung minggu. Mana tidaknya, para pelakon yang sedap mata memandang dan jalan cerita yang romantis membuatkan anda tak mahu berganjak dari skrin televisyen.

Tapi tahukah anda, sebenarnya kalau cerita romantis, Thailand juga mempunyai banyak pilihan yang menarik. filem mereka akan membuatkan anda ketawa dan semestinya ada adegan romantis yang bakal membuatkan anda menangis jatuh cinta.

Jadi, berikut kami senaraikan 4 filem romantik untuk anda tonton sepanjang hujung minggu ini.

BACA: Filem Trending Hangat Yang Sesuai Ditonton Bersama Suami

Friend Zone

Friend Zone adalah film Thailand romantic-comedy yang akan membuatkan anda suka walaupun ia baru sepuluh minit ditayangkan. Kisah tentang Palm dan Gink, dua sahabat baik selama 10 tahun, Palm ternyata selalu menyimpan perasaan untuk Gink.
Namun, kedua-duanya  berada dalam batas friend zone saja. Setelah bertahun-tahun barulah mereka menyedari bahawa cinta mereka lebih daripada seorang kawan.

Hello Stranger

Kalau anda minat cerita Korea, anda pasti suka Hello Stranger. Filem ini ada memaparkan beberapa lokasi dalam cerita Winter Sonata dan Coffee Prince.
Film Thailand yang satu ini bercerita tentang dua orang yang memiliki peribadi yang sangat berbeza. Mereka berjumpa di Korea namun berjanji tidak akan memperkenalkan nama masing-masing. Menarik!

Brother of the Year

Bercerita tentang cinta antara pasangan dan cinta keluarga, Brother of the Year adalah film komedi yang sesuai untuk ditonton keluarga. Film Thailand ini menceritakan tentang Chad, yang selalu rasa iri hati dengan adik perempuannya, Jane. Jane dikatakan seorang wanita yang sempurna seperti ada kerja, keputusan peperiksaan baik dan hidup senang. Sejak adiknya beritahu yang dia ada kekasih, makin menjadi-jadi perangai abang dia. Geram kita!
 One Day
Film Thailand ini bercerita tentang Denchai, seorang laki-laki berusia 30 tahun yang bekerja di sebuat syarikat IT. Dia merupakan seseorang yang selalu dipinggirkan. Ketika syarikatnya mengadakan perjalanan trip ke Hokkaido , dia berusaha gunakan peuang yang ada untuk mengurat Nui, perempuan yang lama dia sukai. Berjayakah dia?
Jadi, hujung minggu ini anda dah boleh luangkan masa anda dengan menonton cerita Thailand yang kami cadangkan ini ya. Lagi seronok kalau anda tonton bersama keluara sambil makan popcorn. Lebih selamat tengok di rumah musim pandemik ini, kan? Enjoy!
Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna