Asyik ‘Style’ Sama Je, Kami Ada Idea Melilit Tudung Untuk Style 2020

Lilit sebelah kiri tak ngam, lilit sebelah kanan dah style macam selalu pakai pula, alahai.. Tak nakla asyik gaya tudung yang sama je. Nak la juga kelainan. Nanti tak adalah orang kata, asyik fesyen yang sama je lagipun ada sesetengah fabrik tudung tak sesuai untuk menggayakan lilitan yang selalu kita buat.

Nak tak nak, memang kena tahu sekurang-kurangnya lebih dari 3 gaya tudung dan yang penting kenalah ikut perkembangan fesyen. Tak nak la, pakai gaya tudung zaman 60-an. Kena la nampak versatile! Tapi itulah, bila dah hari-hari sarung tudung, sampai tak tahu nak lilit gaya macam mana.

Apa yang ketandusan idea sangat tu? Ramaikan barisan pelakon, penyanyi dan usahawan terkenal yang berhijab menggayakan tudung yang vogue? Siap jual tudung lagi. Jadikan mereka sebagai fesyen rujukan. Jangan kata dia cantik, pakai apa pun mesti nampak cantik. No! Sebenarnya anda takut mencuba.

Jom lihat penggayaan tudung yang famous untuk tahun 2020!

Gaya 1

Pin bahagian tengah tudung macam biasa dan lebihan juraian di bawa kebelakang sehingga kemas macam pelakon Hanis Zalikha. Kemas kan?

Gaya 2

Dari gambar ni je rasanya anda semua dah tahu kan macam mana nak buat gaya tudung ala-ala Tokti!

Gaya 3

Kalau rasa gaya macam Tokti biasa sangat, tengok gaya tudung bawal dengan selendang pelakon Mira Filzah ni. Cantik je kan?

Gaya 4

Kalau nak lagi mudah dan elegen, pin kan je kebelakang dengan kemas macam Datin Vivy!

Gaya 5

Ha yang ini gaya team Donna pakai tudung bila pergi daily office. Simple je!

5 gaya ni boleh lah nanti sarung bila masuk tahun baru nanti. Barulah fashionista!

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

3 Cara Mudah Pakai Tudung Tapi Kelihatan Elegan

Susahlah Nak Jaga Rambut Panjang, Bertudung Pula Tu!

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna