Asyik Layan K-Drama Je, Sekarang Ni Layan Menu Korea Tteokbokki Pula

Macam mana lah rasa tteokbokki tu. Sedap ke tak?”

Biasalah bila menonton drama-drama Korea, nampak babak hidangan masakan mereka mesti kita tertanya-tanya sedap ke tak makanan mereka? Kadang-kala tu tengok watak dalam drama makan megi kosong panas-panas pun nampak sedap. Hm, penangan budaya korea sangat hebat!

Antara makanan dari Korea yang famous adalah Tteokbokki. Kuah merah dimakan bersama kek beras dengan campuran bahan sampingan yang membuatkan tekak menjerit-jerit nak merasa, fuh! Sekarang ni jom masak Tteokbokki ikut resipi ni:

Bahan-bahan

  1. Kek beras
  2. 5 sudu besar Sos Gochujjang
  3. 1 sudu gula perang
  4. 1 sudu besar serbuk paprika
  5. Daun Bawang yang sudah dipotong 2cm.
  6. Sosej
  7. Fish cake
  8. 4 Cawan air putih
  9. Kubis bunga (jika perlu)
  10. Ikan bilis sengenggam
  11. Telur rebus

Cara penyediaan

  1. Rebus ikan bilis bersama 4 cawan air putih sehingga mengelegak.
  2. Sementara itu, gaulkan sos gochujjang bersama serbuk paprika dan gula perang dan gaul sehingga sebati.
  3. Angkat ikan bilis yang sudah direbus tadi. Letakkan di tepi. Air rebusan ikan bilis jangan dibuang. Biarkan dalam kuali tadi.
  4. Masukkan kek beras dan sos yang sudah digaul tadi ke dalam kuali yang mengandungi air rebusan ikan bilis.
  5. Gaul sehingga sebati dan menggelegak.
  6. Masukkan daun bawang dan biarkan selama 2 minit.
  7. Masukkan hirisan telur rebus, fish cake, sosej dan sayuran jika perlu.
  8. Gaul dan biarkan sehingga 7-8 minit atau pun sehingga kuah likat dan nipis.
  9. Hidangkan panas-panas!

Tapi menu begini tak semua tekak melayu boleh terima ye sebab selera masing-masing berbeza. Tapi, tak salah nak cuba kan, ihiks!

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik senarai artikel berikut:

Tak Duduk Kat Korea Pun Tak Apa, Jom Sarapan Ala-Ala Korea! ,

Nak Dinner Ala Korea? Malam Ni Jom Masak Ayam Goreng Pedas Korea!

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna