Asyik Korea Je, Ini Senarai Makanan Jepun Yang Popular Dekat Malaysia!

Haa sekarang ni pergi mana-mana je mesti ‘demam’ korea yang masih melanda, tambah lagi kemunculan artis k-pop BTS dan lain-lain lagi la meletup sampai ada yang sanggup menghabiskan duit demi selebriti kesayangan anda. Bukan itu sahaja, makanan korea pun turut menjadi pilihan orang ramai selepas gelombang ini muncul.

Apa kata kali ini anda beralih arah pada makanan Jepun pula. Eh jangan salah sangka, makanan Jepun bukan setakat sushi je tau. Mungkin anda sudah dimanipulasikan dengan iklan atau cerita daripada kawan-kawan yang makanan mereka hanya nasi dan ikan sahaja. Sebenarnya, makanan orang Jepun lebih banyak dan best berbanding Korea tau, jom lihat di bawah senarai makanan popular dekat Malaysia yang patut anda rasai!

Image result for nabe

Nabe

Haa macam mana terliur tak? Sekali tengok, memang tempting sangat hidang ni tau. Nabe atau nama sebenar nabemono merupakan masakan stew atau sup yang dihidangkan pada musim sejuk. Kebiasannya ia akan disajikan atas meja dengan menggunakan periuk atau dapur mudah alih. Kalau anda suka hirup sup, anda wajib cuba hidangan ni.

 

Kare Raisu

Takut nak rasa makanan Jepun sebab tak sesuai dengan tekak Melayu? Eh jangan risau, makanan Jepun pun ada nasi kari tau. Hidangan ni memang cukup popular di Jepun kerana rasanya yang lazat.

Image result for yakitori

Sumber: thespruce

Yakitori

Ia merupakan hidangan ayam dan daging yang digrilkan atau lebih dikenali sebagai skewers iaitu makanan yang dicucuk. Dengan kepingan size bite memang layan betul kalau makan bersama keluarga tambah pula ia boleh dinikmati bersama sayur yang dibakar bersama atas arang.

Image result for okonomiyaki

Okonomiyaki

Gabungan daripada tepung, sayuran dan pelbagai bahan seperti ayam mahu pun seafood, menjadi kan hidangan ini lebih menarik dan enak kerana ia seakan-akan seperti pankek dan diletakkan teriyaki sos.

 

Image result for onigiri

Onigiri

Kalau di Malaysia kita biasa dengan mi segera menjadi pilihan tetapi bagi masyarakat Jepun onigiri merupakan hidangan cepat dan kenyang yang mudah di dapati dimana-mana kedai. Ia adalah bebola nasi dan mempunyai isi ayam, sayur atau sebiji telur. Selain mengenyangkan ia juga menjadi pilihan orang ramai kerana harga yang murah dan boleh berjimat untuk kehidupan seharian.

Lepas ni jangan ingat makanan Jepun sushi je, banyak lagi hidangan menarik yang wajib anda cuba. Apa salahnya sekali sekala tukar selera, asyik layan K-pop je hiks! Selamat mencuba.

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Malas Nak Bergerak Tapi Masih Mahu Bersama? Anda Patut Cuba Posisi Ni

 

 

 

Sumber: makanhunter

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna