Asyik Duduk Sahaja Di Pejabat, Itu Punca Punggung Lebar Tau

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh saintis dari Universiti Chester, berdiri selama tiga jam mampu membakar 3.6 kilogram lemak dalam tempoh setahun. Berita baik bukan? Ayuh, lebihkan berdiri dan bergerak daripada duduk sahaja di atas kerusi.”

Anda perasan tak sebenarnya rutin anda di pejabat punca kenapa punggung makin melebar. Cuba bandingkan gambar anda pada hari pertama bekerja dengan gambar terkini. Mesti banyak perbezaan yang ketara kan? Kalau tidak ada beza, maka tahniah lah! Kalau ya, semak cara kerja anda setiap hari. Berapa lama anda hanya duduk melekat di kerusi menyiapkan kerja yang tidak pernah akan habis itu? Biasanya tuntutan kerja di meja kerja membuatkan seseorang terpaksa duduk berjam-jam lamanya. Semua orang tentunya sudah sedia maklum bahawa kebiasaan duduk terlalu lama sebenarnya tidak baik untuk kesihatan. Hal ini kerana ia bukan sahaja mengundang kepada masalah kegemukan. Duduk tanpa melakukan banyak aktiviti juga akan menyebabkan punggung lebih lebar selain meningkatkan tekanan darah, meningkatkan potensi penyakit jantung, diabetes, buasir dan banyak lagi.

via GIPHY

Jika anda lebih gemar duduk juga menunjukkan tahap kesihatan dan kecergasan yang menurun berbanding mereka yang kekal aktif dengan pelbagai aktiviti fizikal. Jadi buat mereka yang sentiasa sibuk di meja kerja, biasakan diri untuk membuat regangan dan senaman ringan walaupun di pejabat.

BERDIRI SETIAP 30 MINIT

  • Kalau tiada masa untuk berjalan, anda boleh amalkan dengan posisi berdiri selama 2 minit selepas duduk selama 30 minit di meja kerja anda.

 

DUDUK ATAS BOLA

Sumber Foto: Google Image

 

  • Gantikan kerusi dengan bola senaman. Sambil duduk dan membuat kerja, anda masih lagi boleh melakukan beberapa senaman ringan dan mudah.

MINUMLAH LEBIH BANYAK AIR

  • Banyakkan minum air, agar pengaliran darah berjalan lancar akibat terlalu lama duduk menghadap kerja. Sekaligus rutin minum air itu sendiri akan membuatkan anda untuk bangun mengambil air dan juga ke tandas untuk membuang air.

GUNAKAN TANGGA

  • Elakkan penggunaan lif dan sebaik-baiknya menggunakan tangga. Paksa diri untuk amalkan rutin ini.

 

LEBIHKAN BERDIRI DARIPADA DUDUK

Sumber Foto: bloomberg.com

 

  • Pekerja pejabat yang menghabiskan masa bekerja secara duduk sepanjang hari perlu menukar gaya dengan cara bekerja sambil berdiri. Menurut satu kajian yang dijalankan oleh saintis dari Universiti Chester, berdiri selama tiga jam mampu membakar 3.6 kilogram lemak dalam tempoh setahun. Anda boleh menukar gaya bekerja secara berdiri dengan menggunakan meja komputer biasa untuk menjalankan rutin harian. Ramai pekerja banyak menghabiskan masa secara duduk, keadaan itu akan menyebabkan kadar metabolisma lemah. Ia bukan sesuatu yang normal, manusia dicipta untuk berdiri dan terus bergerak.

HAMPIRI RAKAN KERJA ANDA

  • Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan, terus sahaja berjalan ke meja kerja rakan anda. Kurangkan menghubungi menggunakan telefon atau emel. Secara tidak langsung anda akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Tapi awas jangan orang ingan anda sedang bergosip pula.

PARKIR JAUH DARI BIASA

  • Parkirlah kenderaan jauh dari bangunan pejabat kerana dengan cara ini anda dapat bersenam antara 5 hingga 10 minit walaupun hanya berjalan.

 

Sumber: vemale.com

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna