Ashabul Kahfi, Pemuda Yang Ditidurkan Selama 309 Tahun

‘Ditidurkan dalam keadaan sebelah mata terbuka. Begitulah salah satu ciri yang diceritakan bagaimana mereka ini ditidurkan dalam gua selama lebih dari 300 tahun.’

Walau sudah memasuki Syawal, namun ramadan jangan dilupa. Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat mulia untuk yang beragama Islam dan ianya adalah waktu yang sesuai untuk anda mengejar pahala dalam beribadah. Selain melakukan ibadah seperti solat sunat dan membaca Al-Quran, mengetahui dan memahami tentang kisah yang terdapat di dalam Al-Quran juga adalah perkara yang baik untuk dilakukan.

Di dalam artikel ini, Donna ingin menceritakan tentang kisah yang disebutkan dalam Al-Quran dan menjadi sebuah kisah yang menarik untuk umat Islam mengetahuinya. Kisah yang Donna ingin kongsikan ini adalah mengenai sebuah kisah yang tertulis di dalam Surah Al- Kahfi dari ayat ke-9 hingga ayat ke-26 yang menceritakan tentang sekumpulan pemuda yang digelar Ashabul Kahfi.

Menurut ulama Islam, orang Quraish di Mekah mencabar Nabi Muhammad S.A.W dan bertanyakan soalan yang mereka perolehi dari pendeta Yahudi kepada baginda untuk membuktikan jika betul baginda adalah seorang rasul dan disebabkan itu Allah telah menurunkan ayat-ayat ini. Pendeta Yahudi itu menyediakan dua soalan tentang sekumpulan pemuda yang hilang pada suatu masa dahulu dan tentang seorang lelaki yang menakluki dunia daripada timur ke barat. Selepas ditanyakan soalan tersebut, Rasulullah menerima wahyu dari Allah menjawab persoalan tersebut.

via GIPHY

Kisah Ashabul Kahfi ini bermula apabila sekumpulan pemuda yang menentang seorang raja zalim yang memaksa rakyatnya menyembah perkara selain Tuhan dan sekumpulan pemuda ini tidak mengiktiraf pegangan raja tersebut kerana ianya bercanggah dengan pegangan Tuhan yang maha Esa. Raja tersebut sangat murka apabila mendengar tentangnya dan berniat untuk membunuh mereka.

via GIPHY

Lalu kesemua pemuda itu nekad melarikan diri dari kota tersebut demi untuk tidak terpesong dan dibunuh oleh raja tersebut. Dalam perjalanan melarikan diri, seekor anjing turut mengikuti mereka dan ditemukan mereka dengan sebuah gua di kawasan pergunungan dan bersembunyilah mereka di dalam gua tersebut. Disebabkan keletihan setelah melarikan diri, mereka semua tertidur untuk satu tempoh yang teramat lama.

via GIPHY

Pemuda-pemuda tersebut rupanya telah ditidurkan oleh Allah selama 309 tahun dan ketika di dalam tempoh tersebut Allah telah menjaga mereka dengan sentiasa membalik-balikkan tubuh mereka agar tidak bersatu dengan tanah. Di dalam Al-Quran juga ada menyebut tentang mereka yang tidur seperti seekor serigala yang biasanya sebelah mata tertutup dan sebelah lagi terbuka berbanding sumber teks sejarah Kristian dan Yahudi yang tidak mempunyai details seperti di dalam Al-Quran.

Foto:magical-steps.com

Setelah tidur yang panjang tersebut, akhirnya mereka terjaga dan kesemua dari mereka beranggapan yang mereka cuma tertidur buat sehari sahaja dan mereka tidak mengetahui yang mereka telah tidur dalam jangka masa yang lama. Mereka yang berasa lapar selepas bangun dari tidur telah menghantar salah seorang daripada mereka untuk kembali ke kota dan membeli makanan.

via GIPHY

Pemuda tersebut tiba di kota dengan berhati-hati kerana risau ditangkap oleh tentera lalu cuba membeli makanan. Ketika ingin membayar, penjual tersebut tidak menerima syiling perak pemuda tersebut kerana syiling itu adalah syiling lama yang tidak digunakan lagi. Disebabkan itu pemuda itu akhirnya mengetahui perkara sebenar dan raja yang zalim itu telah lama mati dan raja yang kini memerintah adalah raja yang alim.

Foto:www.ncregister.com

Setelah itu, pemuda tersebut dibawa bertemu raja yang baharu dan baginda sangat terkejut dengan perkara itu. Raja tersebut akhirnya meminta untuk dipertemukan dengan kesemua pemuda yang tidur itu dan mendengar kisah mereka. Setelah diceritakan dan didengari kisah kesemua mereka, kesemua pemuda tersebut memohon untuk ditarik nyawa oleh Allah dan mempercayai tentang kekuasaan Allah. Mereka semua akhirnya meninggal dunia tidak lama selepas itu.

via GIPHY

Di dalam Al-Quran tidak pernah menyebut tentang berapa pemuda yang terlibat sebenar-benarnya dan mengikut teks sejarah yang lain ada menyatakan 7 orang pemuda yang terlibat. Mengikut teks sejarah yang lain juga mempunyai pelbagai versi yang berbeza mungkin kerana kisah ini yang disampaikan dari banyak mulut dan peredaran zaman.

 

Jom baca lagi artikel menarik ini!

Tangisan Cik Ponti Tengah Malam Ganggu ‘Roadblock’ Polis

Mulut Berbau Ketika Berpuasa? Ini Tips Mudah Untuk Tanganinya

Ini Antara Waktu Sesuai Untuk Bersenam Ketika Ramadhan

 

 

 

 

 

 

Sumber: Iluminasi.com ,Thepatriots.asia

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna