Asal Makan Je Liat! Lah, Macam Ni Rupanya Petua Untuk Lembutkan Daging Lembu

Kalau zaman dahulu tak ada internet, sekarang ni semuanya dihujung jari. Untuk mak-mak di luar sana tu mesti selalu search petua-petua yang best untuk memasak termasuklah cara untuk lembutkan daging. Walaupun semuanya mudah untuk dicari tapi penting untuk anda tahu sama ada petua yang dikongsi adalah baik atau pun tidak.

Jangan silap langkah, nanti akibatnya anda dan keluarga yang kena tanggung sendiri. Sebelum Donna kongsikan kepada anda semua petua agar daging lembut dan empuk penting untuk anda mempunyai akal rasional bersandarkan ilmu kerana ada juga yang berkongsi petua pelik seperti masukkan sudu besi ke dalam periuk agar daging dapat lebih haba. Hmm menjadi ke?

Untuk lebih selamat, apa kata anda gunakan bahan semula jadi dalam masakan, kan lebih selamat!

Sumber Foto: mypestnews

 

Guna tangkai daun betik

Campurkan masakan anda dengan tangkai daun betik. Ini akan melembutkan daging.

Guna buah betik muda 

Kupas dan buang biji buah betik muda. Potong dan masukkan bersama masakan anda itu.

Carik daun pisang

Ada yang kata kena pakai daun pisang Abu. Mungkin daun pisang apapun boleh. Carik-carikkan daun pisang dan campurkan ke dalam masakan.

Related image

Sumber: blogspot

Buah keras tumbuk lumat

 Ambil buah keras atau kita panggil manjakani. Tumbuk sampai lumat dan campurkan bersama masakan anda.

Daun nangka

Kalau anda ada pokok nangka kat belakang rumah, ambil beberapa helai dan campurkan sekali ke dalam masakan.

Batang ubi kayu

Jika ada pokok ubi kayu, anda boleh potong, bersihkan dan masukkan ke dalam masakan yang sudah mendidih. Biarkan dalam 10 ke 15 minit angkat periuk dan keluarkan batang ubi kayu tu.

Mahu kan lebih mudah gunakan sahaja pengetuk daging untuk menjadikan teksturnya lebih nipis dan lembut. Nak buat satay pun boleh.

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini:

Berkesan & Cepat! Nak Payudara Lebih Montok Dan Besar Jom Guna Cara Ni

 

 

 

 

 

Sumber: trashduit

 

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna