Arnab Duduk Bergaya Ketika Bulu Di ‘Trim’ Tuannya Jadi Viral

Video seekor arnab comel dirakam di Harbin China duduk diam sepanjang proses dandanan untuk memotong sebahagian bulunya yang tebal dan panjang menjadi tular.”

Arnab comel bernama Da Xiong itu duduk diam dengan penuh bergaya ketika tuannya menyikat dan memotong bulunya. Arnab ini dikatakan berusia sekitar  tiga tahun dilihat turut memakai apron khas ketika didandan pemiliknya. Da Xioang kelihatan seperti kanak-kanak yang baik dan dilihat begitu sabar untuk menunggu hasil rupa terbarunya.

Dengan hanya menggunakan sikat dan gunting, pemiliknya memotong bulu di kepala Da Xiong yang terlalu panjang malah bulu matanya juga dipendekkan. Arnab kerdil itu juga tidak menggerakkan kepalanya sepanjang proses dandanan malah menutup mata seperti hampir tidur ketika menikmati perhatian dan kasih sayang tuannya. Mungkin sudah menjadi rutin semenjak kecil menyebabkan arnab comel ini sudah terbiasa dengan rutin tersebut.

Sumber Foto: Dailymail.co.uk

Pada peghujung video berdurai 46 saat itu, Da Xiong dilihat kembali ke rutin biasanya dan lincah bermain di dalam rumah tuannya. Melihat keletah arnab ini, pasti ramai yang mengimpikan untuk membela seekor haiwan peliharaan seperti ini juga kan?

Da Xiong adalah arnab jenis Angora yang memiliki bulu selembut sutera dan jangka hayatnya sekitar 5 hingga 7 tahun. Arnab ini biasanya tenang dan jinak, tetapi perlu dijaga dengan rapi. Bulunya harus dirapikan supaya seratnya tidak menjadi kusut dan gebu. Arnab Angora adalah antara jenis arnab jinak yang tertua di dunia, dan berasal dari Ankara, Turki. Dahulunya ia menjadi haiwan belaan kegemaran kerabat diraja Perancis pada pertengahan abad ke-18, kemudian merebak ke merata Eropah menjelang akhir abad itu.

 

Sumber: Dailymail.co.uk

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna