“Alhamdulillah, ini saatnya berkongsi khabar bahagia kepada semua.

“Arif akan menjadi abang, Insya-Allah. Mohon doa daripada semua dan semoga kandungan akan sihat walafiat,” tulisnya yang turut mendedahkan kandungannya itu kini berusia 17 minggu (lebih kurang 4 bulan).

Sumber Foto: Instagram Tya Ariffin

Sumber Foto: Instagram Arif Jiwa

Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Arifin berkahwin dengan Asyraf pada 1 November 2015 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Arif, pada 31 Mac tahun lalu.

Menurut portal online Harian Metro, suami kepada Tya Ariffin, Asyraf Khalid berkata dia dan isteri berdoa dikurniakan anak perempuan selepas yang pertama anak lelaki, Arif Jiwa yang kini berusia setahun sembilan bulan.

“Selepas Arif lahir, kami merancang tak nak tambah anak dulu. Tetapi, selepas dia berusia setahun… kami ubah fikiran. Apatah lagi usia masih muda, jadi kalau nak tambah anak biar pada waktu sekarang. Alhamdulillah, Allah berikan rezeki ini untuk kami. Setiap hari kami berdoa semoga dikurniakan cahaya mata perempuan. Kalau dapat sepasang, kira lengkap sudah rumah tangga kami. Malah, ia satu rahmat dan nikmat untuk saya. Buat masa sekarang, jantina anak belum tahu lagi. Insya-Allah, pada pemeriksaan seterusnya mungkin sudah boleh tahu. Jika anak lelaki pun, saya tetap bersyukur. Apa yang penting anak yang bakal lahir sihat dan sempurna,” katanya.

Asyraf berkata, sekiranya dikurniakan anak perempuan dia dan isteri akan berehat dulu. Jika sebaliknya, mereka akan berusaha lagi.