Apalah Nasib Muslim! Terpaksa Simpan Jenazah Ibu Di Rumah Sebab Tak Cukup Kubur

Kerana dedikasi kita yang sangat tinggi terhadap undang-undang yang dikeluarkan kerajaan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19. Malaysia terus mencatatkan angka yang rendah sehingga banyak kelonggaran diberikan memandangkan kita berada di fasa pemulihan.

Namun, tak semua negara bernasib baik. Itali bagaimanapun masih bergelut dengan kadar penukaran jangkitan COVID-19 dan kematian yang tinggi. Kekurangan tanah perkuburan Islam memang sangat dirasai oleh komuniti Muslim di sana.

Sumber: trtworld

“Kami menderita (akibat pandemik), tetapi lebih terkesan apabila segelintir keluarga tidak dapat menemui tapak untuk mengebumikan jenazah ahli keluarga, disebabkan tiada bahagian untuk Muslim di tanah perkuburan dalam bandar,” kata Imam Masjid Milan Sesto Abdullah Tchina.

BACA: Unik! Warga Itali Raikan Hari Terakhir ;Lockdown; Dengan Makan Aiskrim

Bukan itu sahaja, jenazah juga tidak dapat dibawa pulang ke negara asal jika mereka meninggal dunia di Itali memandangkan pengangkutan udara sudah menjadi lumpuh. Maka, semakin banyaklah tanah yang digunakan untuk menguburkan jenazah.

Ada juga kes di mana jenazah orang Islam terpaksa menempuh perjalanan sejauh 50 kilometer untuk disemadikan.

Sumber: Harian Metro

Namun, ini ada satu lagi kisah menyedihkan. Seorang wanita bernama Hira Ibrahim terpaksa menyimpan jenazah ibunya yang juga meninggal akibat COVID-19 di rumah sendiri selama sepuluh hari memandangkan tanah perkuburan Islam di tempat mereka sudah penuh.

BACA: Tolonglah Duduk Rumah1; PM, Rakyat Malaysia Jangan Ulang Kesilapan Rakyat Itali

Terdapat 2.6 juta muslim di Itali iaitu kira-kira 4.3 peratus daripada populasi negara itu. Kebanyakan mereka tinggal di utara iaitu tempat yang banyak mengorbankan nyawa akibat pandemik ini.

Sama-sama kita doakan agar keadaan di Itali mereka dan proses pengurusan jenazan saudara seagama kita di sana dapat dijalankan dengan lancar.

 

 

 

 

 

 

Sumber: Harian Metro

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna