“Apa Yang Tun Catat Dalam Tu?” Neelofa Korek Rahsia Buku Nota Kecil Tun M!

Neelofa adalah antara selebriti yang sangat vokal memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai bahayanya wabak COVID-19 bahkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan lagi. Tidak hanya berdiam diri di rumah, Neelofa menggunakan platform media sosialnya untuk berbual dengan beberapa figura terkenal tanah air dalam siri Instagram Livenya iaitu Berseorangan Bersama.

Konsepnya mudah, Neelofa berbual dengan figura jemputan di rumah masing-masing  melalui Instagram Live membincangkan isu COVID-19 dan beberapa hal lain. Kali ini, usahawan muda itu berjaya mendapatkan tokoh pemimpin tanah air iaitu Tun Dr Mahathir.

Neelofa telah mengumpulkan beberapa soalan daripada peminatnya untuk dipanjangkan kepada Tun M. Dalam sesi ini, Neelofa sempat bertanyakan mengenai buku nota kecil Tun M. Sebenarnya, bekas Perdana Menteri Malaysia itu rupanya akan membawa satu buku nota kecil ke mana sahaja beliau pergi.

“Kita tak boleh percaya kepada ingatan kita. Kalau ada benda menarik yang saya lihat dalam pendengaran dan perbincangan saya, saya akan catitkan dan ia jadi panduan kepada saya.

Waktu jadi PM, saya guna buku itu untuk ingatkan jemaah menteri  apa perkara yang mereka tak buat atau  yang mereka kena buat,” kata Tun.

Sumber: Astro Awani

Selain itu, Tun M juga sempat memberikan nasihat untuk sentiasa tenang dan positif semasa menghadapi apa-apa masalah.

Kalau kita fikir ke belakang, kita akan ingat banyak masalah tapi ada solusi dan cara mengatasinya. Semua masalah dapat diatasi lambat laun. Jangan terlalu memikir masalah sampai tak lalu makan. Ia tak akan membawa kepada penyelesaian masalah. Anggap ia perkara biasa untuk diselesaikan,” sambungnya.

Bercerita tentang budaya membaca yang masih lagi kurang dalam kalangan masyarakat, bagi memulakan minat untuk membaca, Tun M mencadangkan agar anda memilih bahan bacaan fiksyen atau buku cerita yang menarik terlebih dahulu. Selepas itu, anda boleh teruskan membaca buku yang lebih serius.

Dalam Instagram Live itu juga, Tun Mahathir sempat berkongsi siapakah insan yang menjadi  idolanya selama ini. Rupa-rupanya insan itu ialah Nabi Muhammad.

“Baginda telah menukar bangsa dari jahil kepada cekap sehingga dapat menjadikannya tamadun yang hebat dalam sejarah,” katanya.

Sebelum mengakhiri sesi Instagram Live yang berdurasi selama setengah jam itu, Tun Mahathir sempat mengucapkan terima kasih kepada barisan hadapan terutamanya petugas medik yang merisikokan nyawa mereka untuk merawat orang lain. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengingatkan orang awam untuk duduk di dalam rumah dan patuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Tak sabar nak tunggu siapa pula figura yang Neelofa bakal undang selepas ini ya! Agak-agak siapa?

 

 

Baca juga:

Hebat! Hanya 6 Hari Vivy Yusof Berjaya Kumpul RM1.14 Juta Bantu Hero COVID-19

Selain Karaoke, Ini 9 Cadangan Aktiviti Indoor Sepanjang Musim COVID-19

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna