Apa Yang Anda Boleh Beli Dengan RM500 Duit KWSP Sebulan?

Wabak COVID-19 tidak hanya membuatkan petugas medik kelelahan di hospital. Ia juga merencatkan ekonomi negara. Banyak industri dan sektor perkhidmatan yang terjejas. Itu belum lagi peniaga yang memang menyara hidup dengan keuntungan pendapatan seharian mereka. Bila tak buka kedai, rugilah mereka.

Maka, beruntunglah anda yang mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP kerana Perdana Menteri Malaysia baru mengumumkan kemudahan pengeluaran caruman akaun dua KWSP bermula 1 April ini.

BACA: Jangan Ingkar Arahan! Gelombang Ketiga COVID-19 Lebih Parah

Jadi, dapatlah anda semua keluarkan duit titik peluh anda untuk menampung  sedikit sebanyak keperluan rumah sepanjang tempoh ‘pertempuran’ COVID-19 ini. Setidaknya, ada juga hidangan yang boleh dimakan seisi keluarga setiap hari. Jangan biar ahli keluarga anda berlapar.

Sumber: Astro Awani

Maka, ini adalah cadangan apakah yang anda boleh lakukan dengan RM500 duit KWSP anda. Ingat, duit ini adalah duit hasil penat lelah anda bekerja. Jadi, gunakan sebaiknya.

Bil rumah

Setidaknya, anda boleh gunakan wang ini untuk membayar bil air atau api sepanjang anda berada di rumah. Jika tidak, gunakan wang ini untuk membayar separuh duit sewa rumah anda.

Barang Dapur

Gunakan duit ini untuk beli barangan dapur yang cukup untuk keluarga anda sebulan ini. Berikut adalah anggaran perkiraan makanan asas (tak termasuk sayur dan buah) yang kami lakukan untuk anda. Ini hanyalah anggaran kasar dan sesetengah harga barangan mungkin berbeza mengikut harga pasaran dan jenis kedai yang anda pergi. Barangan berbeza terutama keperluan jika anak anda masih bayi.

BACA: Makin Teruk! Staf KKM Terpaksa Sarung Plastik Sampah Dijadikan Perisai  COVID-19

Ayam (2 ekor) =RM32

Ikan Kembung (1kg) =RM19

Beras =RM22

Tepung gandum =RM1.50

Gula =RM2.10

Minyak (1kg) =RM2.50

Margerin =RM4

Susu cair=RM2.30

Sos Cili =RM3

Kicap =RM2

Serbuk kari= RM2.50

Serbuk kunyit= RM 4

Garam- RM2.50

Bawang Putih (1kg) =RM8

Bawang Merah (1kg) =RM6

Ubi kentang  (1kg) =RM3

Ikan bilis  (1kg) =RM25

Total= RM 141.4

Barang mandi

Jika wang gaji anda cukup untuk beli makanan. Anda boleh gunakan wang KWSP ini untuk membeli barang keperluan seperti sabun, syampu, sabun pencuci, sabun tangan, tuala wanita, hand sanitizer atau ubat gigi. Ingat tau, kebersihan sangat penting dalam usaha melawan COVID-19.

Gunakan wang anda sebaiknya kerana kita tidak pasti lagi sampai bilakah kita akan berada dalam situasi seperti ini. Masaklah selagi boleh. Elakkan makan makanan segera kerana ia tidak baik untuk nutrisi dan perkembangan anak-anak anda.

Jika anda mempunyai cadangan apa lagi barang yang wajar dibeli dengan wang KWSP, apa kata anda kongsikan di ruangan komen.

 

 

 

 

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna