Apa Tindakan Si Ibu Bila Anaknya Mengandung Anak Luar Nikah? – Perkongsian Ustaz Bakhtiar

Walaupun di Malaysia rata-ratanya rakyat beragama Islam namun terdapat banyak kes-kes merisaukan seperti anak luar nikah. Lihat sahajalah laporan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menunjukkan graf dari tahun 2014 sehingga 2018 mengenai jumlah ibu hamil yang belum dan sudah berkahwin.

Ternyata anak tidak sah taraf masih lagi di tahap membimbangkan walaupun perbezaan jumlah pada tahun 2017 dan 2018 menurun.

Seorang ustaz tampil berkongsi kisah di akaun twitter miliknya apabila kes-kes sebegini telah tular di media sosial. Apa yang dikongsikan oleh beliau adalah apakah tindakan ibu yang sepatutnya apabila anak mereka telah mengandung anak luar nikah? Lebih teruk lagi apabila si pelaku tidak bertanggungjawab.

Perkongsian Ustaz Bakhtiar daripada pengalamannya sendiri apabila dia mendapat satu pesanan ringkas dari seorang ibu meminta pertolongannya apa tindakan yang sepatutnya dia lakukan selepas mendapat tahu anak perempuannya sedang mengandung 6 bulan anak luar nikah!

Cerita dari hati si ibu…

Jawapan dari Ustaz Bakhtiar

Namun, jawapan yang diberikan oleh Ustaz sangatlah perit untuk diterima oleh mana-mana ibu bila dapat tahu anak mereka kandung anak luar nikah. Nak atau tidak, si ibu perlu menerima cucu dan anaknya penuh dengan hati terbuka dan ikhlas kerana semua manusia membuat kesilapan.

“Rasa malu usah cerita la…”

Malah, Ustaz Bakhtiar turut memesan pada si ibu untuk mengenepikan perasaan malu dan tidak menghukum si anak yang sedang sarat mengandung. Jika si ibu ikutkan emosi, pasti si anak akan menggugurkan bayi dalam kandungan akibat tiada bantuan yang boleh dia bergantung. Ditambah pula dengan jarak mereka yang jauh.

Sekurang-kuragnya dah selamatkan 2 nyawa….

Tidak cukup dengan itu, Ustaz Bakhtiar menekankan jika si ibu menerima dengan hati yang redha dugaan ini, syurga miliknya kerana Nabi sebut dalam Hadis tentang ibu-ibu yang berkorban demi anak, syurga firdaus adalah tempatnya dan yakinlah akhirat milik si ibu.

Taubatlah, ubah diri dan sikap…

Seperti biasa, di penghujung tweet beliau, ustaz Bakhtiar memberi nasihat kepada remaja perempuan jika membuat kesilapan haruslah bertaubat dan jika mempunyai kawan-kawan yang mempunyai masalah seperti ini, bantulah mereka sebelum mereka membuat keputusan untuk membuang bayi merata-rata.

Siapalah Donna ingin mengulas panjang tentang perkara ini namun, pesanan buat remaja di luar sana. Berfikirlah sebelum melakukan sesuatu. Jika sudah tersalah langkah, bukan anda seorang menanggung akibatnya.

 

 

 

 

Sumber: Twitter Ustaz Bakhtiar Fitri

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna