Apa Reaksi Yang Perlu Diberikan Jika Pasangan Curang?

Dugaan berumah tangga datang pelbagai bentuk dan pasangan perlu bersedia menghadapinya, supaya tidak menjejaskan perhubungan mereka hingga menyebabkan kes perceraian.”

Antara punca penceraian sering berlaku adalah melibatkan kes curang. Meskipun kes curang seringkali melibatkan pasangan muda tetapi perbuatan tidak setia terhadap pasangan itu dilihat semakin serius dalam kalangan mereka yang berumur antara 40-an dan 50-an. Terdapat pelbagai faktor menyebabkan mereka ini terjerumus. Namun ia lebih kepada psikologi dan teknologi zaman kini yang begitu canggih seolah-olah memberi mereka peluang mudah berlaku curang.

Ada yang mengatakan bahawa perlakuan curang merupakan petanda bagi sesebuah perkahwinan yang bergolak dan bukannya penyebab kepada pergolakan tersebut. Ia adalah ‘alarm‘ untuk pasangan menilai kembali perhubungan mereka. Jika anda perlu berdepan dengan situasi pasangan berlaku curang, apakah agaknya yang harus anda lakukan? Adakah perlu bergaduh dan tarik rambut memalukan diri atau bermuhasabah sahaja.

via GIPHY

  • Langkah pertama adalah mendedahkan kecurangan tersebut. Ingat! Tidak ramai pasangan yang sanggup mengaku dan menyerah diri begitu sahaja. Perlakuan curang mencorak tingkah laku pasangan yang melakukannya. Untuk itu, setiap orang perlulah benar-benar peka terhadap sebarang perubahan tingkah laku pasangan masing-masing.

 

via GIPHY

  • Jika anda merasakan yang pasangan anda sebenarnya sedang melakukan sesuatu di belakang anda buatlah siasatan untuk mendapatkan bukti kebenarannya. Setelah semua bukti telah didapati, berbincang dengan pasangan anda tentang apa yang tidak kena terhadap hubungan anda berdua dengan cara yang paling tenang dan berhati-hati.

 

via GIPHY

  • Tidak ada sesiapa pun yang berkahwin mengharapkan pasangan mereka akan berlaku curang. Sekiranya berlaku, pasangan perlu melaluinya dengan tabah dan sedia berubah ke arah kebaikan. Curang tidak bermakna perlu berakhirnya sesebuah perkahwinan.

 

via GIPHY

  • Perbaiki komunikasi dan berusahalah untuk memberi lebih perhatian. Jika anda jenis yang mudah jatuh cinta, sila hadkan hubungan sosial dengan rakan yang berlainan jantina. Curang selalunya berpunca daripada masalah perhubungan yang tidak diberi perhatian di dalam sesebuah perkahwinan. Ia tidak semestinya disebabkan oleh pasangan tersebut sudah tidak saling cinta mencintai lagi.

 

via GIPHY

  • Bertanya kepadanya dengan jujur dan nyatakan kepada dia apa yang anda dapati hasil daripada siasatan anda. Di samping itu anda perlu bersedia untuk berhadapan dengan semua kemungkinan yang bakal berlaku. Namun percayalah dengan semangat dan keberanian, bertenang dan bulatkan fikiran, carilah jalan penyelesaian antara anda berdua apabila ternyata pembohongan pasangan anda itu sudah terbongkar.

Sambil baca artikel ini boleh layan lagu yang boleh kembalikan memori indah anda di Playlist KoolX

 

Sumber: ohbulan.com

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna