Apa Perbezaan Antara HIV & AIDS?

Bila sebut tentang penyakit HIV dan Aids pasti ramai yang beranggapan dua penyakit ni lebih kurang sama dan dijangkiti kepada individu yang sering melakukan hubungan seks secara rambang. Akibatnya, mereka dipandang serong. Sebenarnya tak, ada faktor lain lagi yang menjadi punca individu tersebut dijangkiti penyakit ini.

Kepada yang masih lagi tak tahu, HIV adalah singkatan daripada Human Immunodeficiency Virus manakala AIDS adalah singkatan daripada acquired immune deficiency syndrome. Kes pertama HIV dan AIDS di Malaysia dikesan pada tahun 1986 dan berikut adalah statistik terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumber: kkm

Jom baca penerangan ringkas dari seorang doktor kesihatan pekerjaan, Dr. Shawaludin Bin Husin tentang HIV dan Aids. Nanti tak ada alah terus-terusan memadang serong mereka yang menghidapi penyakit ini.

HIV

Pertama sekali HIV cuma menular melalui 3 cara iaitu seks bebas tanpa perlindungan kondom, prep, perkongsian jarum suntikan dadah dan ibu pembawa hiv kepada anak (kini Malaysia dah berjaya menguranginya).

“Bagaimanapun, jangkitan virus HIV tak ada tanda dan gejala yang khusus di peringkat awal malah, dia sendiri pun tak tahu dirinya telah dijangkiti virus ini. Apa yang membimbangkan lagi, pada peringkat ini individu tersebut boleh merebakkan virus HIV kepada orang lain, ” katanya.

Beliau turut menyenaraikan tanda dan gejala yang kelihatan apabila sistem pertahanan tubuh telah dilumpuhkan oleh Virus HIV. Tanda dan gejalanya adalah seperti…

  1. Terlalu lemah dan lesu.
  2. Peluh makan.
  3. Demam panas yang kerap.
  4. Kelenjar limfa membengkak.
  5. Penurunan berat badan yang mendadak.
  6. Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. Contoh : lapisan dalam mulut
  7. Cirit-birit yang kronik.
  8. Batuk kronik.
  9. Hilang ingatan

Aids

AIDS atau Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit adalah peringkat terakhir jangkitan HIV. Dalam masa 2 tahun dijangkiti, pesakit HIV akan timbul gejala penyakit AIDS di mana berlaku jangkitan kuman yang teruk, susut berat badan dan lemah-lemah badan.

Sumber: carian google

Kebanyakkan pesakit HIV tidak memerlukan rawatan di peringkat awal penyakit dan rawatan hanya diberikan kepada pesakit-pesakit seperti…

  1. Bacaan CD4 kurang daripada 200 sel/ml
  2. Bacaan virus lebih daripada 30 000 copies/ml
  3. Pesakit yang mengikuti rawatan sepenuhnya

Boleh ke berkahwin bila menghidapi HIV dan Aids?

Salah seorang pengguna media sosial bertanyakan sama ada pesakit yang menghidapi penyakit ini boleh atau tidak berkahwin? Ini jawapan daripada salah seorang penasihat tentang penyakit HIV dan Aids.

Jelas dah perbezaan antara dua jenis penyakit ni? Lepas ni jangan cepat menghukum apabila mendapat tahu seseorang menghidapi penyakit HIV dan Aids, okay? Cuma selagi kita boleh hindarkan, cuba!

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel berikut:

 Ajar Ilmu Hubungan Intim, Lelaki Ini Dedah Cara Hindar Jangkitan HIV Dalam Masa 72 Jam ,

 Punca Vagina Anda Sakit Ketika Melakukan Hubungan Intim

 

 

 

 

Sumber: kkmfb Dr Shawal

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna