Apa Nak Buat Ni Pagi-Pagi Je Mesti ‘Moody’!

“Pagi-pagi datang kerja mood kelaut sikit la. Tu aku diam je tadi,”

Pernah tak cakap macam ni dekat officemate? Tak pun dengar dari orang sekeliling? Lepas tu kita sendiri tanya dekat diri kita ‘kenapa ye aku moody pagi-pagi?’ pulak dah!

Bila difikir-fikirkan semula mungkin awal pagi lagi anak dah tantrum tak nak mandi, tak nak pergi sekolah, sarapan pagi hangit atau badan rasa lesu. Lagilah beri kesan pada emosi.

via GIPHY

Jadi, jom kita tengok apa inisiatif yang kita boleh lakukan untuk elakkan dari moody  pada waktu pagi.

Elak dari skrol telefon pintar

Bangun je pagi, elakkan dari melihat telefon pintar. Bukan apa, kadang-kala whatsapp soal kerja pun dah buat emosi terganggu. Lebih baik, persiapkan diri, sarapan pagi dan baru skrol telefon. Bagi ruang otak kita nak bersedia untuk bekerja.

Sarapan

Bila perut kosong, serba-sedikit ia akan menganggu emosi. Badan pun jadi lesu dan tak bertenaga. Macam mana nak mulakan kerja dengan mood yang baik? Macam pesanan poin kat atas tadi, sarapan terlebih dahulu. Soal kerja, tunggu waktu dah masuk pejabat.

via GIPHY

Tidur jangan lewat

Dah tahu esok nak kerja, elakkan dari tidur lewat. Bila tak cukup tidur, badan akan terasa sakit-sakit dan penat, mata pula tak habis-habis nak tutup je dan secara tak langsung se’-sel otak pun tak boleh berhubung dengan baik. Jadi, pastikan tidur  secukupnya okay?

Dah tahu apa yang perlu buat, lepas ni jangan terpinga-pinga kenapa pagi-pagi mood ‘tak ngam’. Anda dah tahu pun jawapan dia. Jom amalkan gaya hidup sihat!

Lagipun ada kesan buruk tau kalau pagi-pagi datang kerja dengan mood tak ada. Bukan pada kita je tapi pada orang lain juga.

  1. Orang lain akan terasa dengan kelakuan kita.
  2. Kerja jadi serba tak kena. Ada je benda kita terlepas pandang.
  3. Orang lain pun turut tempias moody sebab anda dah sebarkan aura negatif.
  4. Muka cepat tua. Nak ke?

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel berikut: 4 Jenis Makanan & Minuman Yang Dapat Mengurangkan Tekanan , Meja Kerja Serabut? Pastikan Barang Wajib Ni Je Yang Ada

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna