Apa Nak Buat Kalau Kondom Tersekat Dalam Vagina Lepas Hangat Berasmara?

Bagi yang baru kahwin, hubungan intim kali pertama memerlukan persediaan mental dan juga fizikal. Tak boleh main redah saja. Adakah anda tahu, kejadian kondom tersekat ni boleh terjadi tanpa sedar. Yelah, nama pun baru kahwin, ada yang ingin merancang untuk ada anak kan? Sebab tu kondom tu penting.

Lepas hangat berasmara, tiba-tiba baru sedar ada kondom tersekat dalam vagina. Apa nak buat? Bila benda ni jadi, benda pertama yang anda kena buat ialah jangan panik! Kalau anda menggelabah, benda akan jadi makin parah.

BACA:Elak Bersama Malam Pertama, Kantoi Rupanya Pengantin Perempuan Berjantina Lelaki!

Ini ada beberapa cara dan langkah daripada pakar untuk membantu anda kalau terjadinya tragedi ni!

via GIPHY

Guna jari

Menurut pakar sakit puan, Alyssa Dweck, ada cara sebenarnya nak handle benda ni. Jadi apa yang  boleh dibuat ialah mandi air panas untuk buat tubuh badan lebih tenang. Lepas tu, pastikan kuku dan jari dibersihkan. Kemudian, guna jari telunjuk dan sapu perlahan-lahan sekitar vagina. Kalau dah dapat rasa di manakah kedudukkan kondom tu. Perlahan-lahan  anda ‘cangkuk’ kondom tu dan tarik ke luar.

BACA: 6 Tip Kali Pertama Melakukan Seks

Jangan pandai-pandai guna tweezers. Sebab kalau tersalah, ia boleh mengakibatkan pendarahan yang dahsyat.

via GIPHY

Kalau masuk dalam sangat sampai tak boleh dicapai dengan jari?

Macam biasa, jangan panik. Mungkin kondom itu dah dekat dengan servik dan sukar dicapai oleh jari. Jadi, apa yang anda boleh buat ialah pergilah berjumpa pakar puan. Biasanya mereka dilengkapi dengan alat untuk ‘memancing’ keluar kondom yang tersekat ala-ala pap smear.

Macam mana nak elak perkara ini?

Pastikan pasangan kita pakailah saiz kondom yang betul. Kalau besar sangat nanti ia akan tercabut. Lepas habis melakukan hubungan seksual tu, pastikan tiada apa-apa tertinggal dalam vagina.

Juga, apa yang paling penting ialah share artikel ni dekat bakal pengantin supaya masing-masing tahu apa nak buat kalau benda macam ni terjadi! Ingat, sharing is caring!

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna