Apa Nak Buat Kalau Anak Tak Suka Makan Sayur?

Antara masalah utama para ibu adalah meminta si kecil untuk makan sayur tapi pantang nampak warna hijau, mesti mereka tak buka mulut dan menolak suapan. Bila dipaksa, nanti menangis dan merajuk terus tak nak makan. Satu hal pula lagi nak dipujuk.

Langkah terakhir adalah dengan mengisar sayuran dalam makanan, tapi sampai bila? Umur si manja makin meningkat. Hm, bukan senang nak jadi ibu, banyak hal nak kena fikir. Pening! Pening!

via GIPHY

Tak apa, sekarang ni kami nak kongsikan trik lain selain mengisar sayur dalam hidangan mereka.

Menggantikan sayur dengan buah…

Caranya dengan menggantikan sayuran dengan buah tapi perlu memastikan kandungan gizi sayuran adalah sama dengan kandungan gizi buah. Jadi, secara tak langung tubuh mereka menerima khasiat yang secukupnya.

Lihat rajah di bawah sebagai rujukan ringkas.

Sebenarnya bukan ini saja, ada banyak lagi buah dan sayuran yang mempunyai kandungan gizi yang sama. Sesiapa yang tahu persamaan sayuran dan buah yang lain daripada senarai di atas, tak salah kalau nak praktikkan.

Janji memberi kesihatan pada tubuh badan. Selamat mencuba!

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut: Boleh Ke Makan Kentang Yang Sudah Bertunas? , Macam Mana Nak Masak Labu Zucchini Ni?

 

Sumber: ig shehealth

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna