Apa Nak Buat Jika Anak Ternampak Anda Ketika Sedang Asyik ‘Bermesra’?

Dah pukul satu pagi. Rumah anda sudah senyap sepi. Anda sudah tutupkan lampu di bilik anak-anak anda dan mereka semua sedang nyenyak tidur. Inilah masanya untuk anda bersama-sama suami pula.

Entah macam mana, anda boleh terlupa kunci pintu bilik tidur. Ketika anda sedang bercinta, salah seorang anak anda tiba-tiba menolak pintu dan berjalan masuk ke arah anda berdua.

“Mak, ayah,”

kata anak anda sambil menggosok mata yang berat. Anda pun mula kutip baju dan pakai. Jadi, apa yang perlu anda lakukan? Keadaan jadi sangat janggal. Jangan panik, ada cara untuk mengatasi situasi ini.

Apa di bawah selimut?

Jika anda panik dan terkejut, anda mulalah akan cakap benda-benda merepak dan merapu. Maka, benda pertama yang anda kena buat ialah bertenang. Ahli psikologi dari Lake Stevens School District,  Melisa Shelton menasihatkan agar anda ambil masa sekejap untuk menyusun kata-kata bagi mengelakkan anda menerangkan apa-apa yang merepek.

Anda jangan ingat anak anda yang baru masuk sekolah tadika itu tahu dan nampak apa yang sedang terjadi di bawah selimut. Mereka mungkin ingat anda sedang tidur sahaja. Jadi, penerangan yang saintifik hanya akan buat mereka keliru.

“Kebanyakan kanak-kanak yang berumur 4 tahun kebawah tak tahu apa-apa kalau mereka ternampak sesuatu,” kata Melisa. Jadi, anda hanya perlu senyum dan kata “Ibu dan ayah tengah peluk sebab kami sayang antara satu sama lain,”

Boleh buka topik

Sekiranya anak anda sudah berumur 5 tahun dan ke atas, mungkin anda boleh bersemuka dan berbual dengannya. Masa paling ideal ialah semasa sarapan keesokan hari. Ini percakapan mestilah bersedia menjawab soalan anak anda tanpa terlebih-lebih kongsi maklumat. Pastikan perbincangan padat dan singkat tanpa perlu melewah.

Ingat, perbualan itu pun mestilah dilakukan jauh daripada adik-beradiknya yang lain. Mulakan dengan ayat,

“Semalam adik ada  masuk bilik ayah? Maaflah ayah lupa nak kunci pintu,”

Menurut Kevin Leman yang juga doktor falsafah dan penulis buku perkahwinan menyatakan memulakan perbualan dengan meminta maaf boleh membuat anak rasa yang dia tak melakukan kesalahan waktu masuk ke dalam bilik malam tadi. Ada juga kes yang lebih teruk apabila anak-anak terkejut dan takut dengan apa yang dilihatnya.

Sumber: Todaysparent

Anda boleh jelaskan dengan,

“Apa yang awak nampak adalah perkara biasa yang dilakukan oleh semua ibu bapa di mana sahaja,” Berikan jawapan yang singkat dan jangan beritahu apa yang anak tak tanya. Jawablah soalan anak anda dengan bahasa yang kanak-kanak boleh faham.

Kuncilah pintu

Kecuaian pertama boleh dimaafkan, tapi janganlah anda mengulanginya. Jadi, pastikan kunci pintu bilik anda berfungsi bagi mengelakkan kejadian yang sama ini berulang kembali. Ada sebab kenapa kunci bilik dicipta, ia untuk melindungi privasi anda!

Lepas ini, kena berhati-hati tau.

 

 

 

 

Sumber: ParentMap

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna