Apa Nak Buat Bila Si Manja Kena Kuning?

Alamak! Naik kuning la. Esok kena jemur kat luar ni,”

Itulah antara tindakan yang sering kebanyakan ibu bapa lakukan bila anak mereka mengalami penyakit kuning. Untuk pengetahuan anda, jaundice atau penyakit kuning sering berlaku dalam kalangan bayi.

Menurut seorang doktor perubatan, Dr Nimelesh Balanthiren, satu kajian perubatan mendapati hampir 80% bayi pramatang dan 60% bayi yang lahir matang akan mengalami kuning. Beruntunglah siapa yang tidak ada masalah anak kuning.

Guna Air Sirap Untuk Turunkan Kuning Anak, Berkesan Atau Tak? Ini ...

Sumber: google

Tip untuk ibu dan bapa…

Jadi, doktor ini menerangkan langkah yang perlu ibu bapa sepatutnya lakukan mengikut dunia perubatan selain daripada tip daripada orang  dulu-dulu yang kita tak tahu sejauh mana keberkesanannya.

  1. Sebolehnya jangan berhenti susu badan. Sambung susu badan sekurang kurangnya 8-10 kali sehari dan jangan sesekali beri susu kambing kerana tindakan ini tidak akan bantu dalam mengurangkan paras kuning.
  2. Kekurangan susu badan boleh menyebabkan kuning terutamanya pada minggu pertama. Apa yang ibu bapa lakukan adalah dapatkan nasihat dari Klinik Kesihatan terdekat untuk melihat teknik menyusu, dan bantuan untuk memastikan penyusuan badan dapat dilakukan dengan optimum.
  3. Ketahui status G6PD anak sebelum discaj. Biasanya bayi dengan masalah kekurangan G6PD akan dipantau untuk lima hari atau lebih (sekiranya ada jaundice).
  4. Selepas discaj dari Hospital, tolong hadirkan diri ke Klinik Kesihatan atau inform KK supaya pemeriksaan dapat dilakukan oleh Jururawat Klinik.
  5. Kencing yang gelap seperti Air Teh atau Coca Cola juga merupakan salah satu tanda serangan yang serius.
  6. Tolong bawa ke klinik atau hospital dengan segera sekiranya bayi yang mengalami kuning kerap muntah, berat badan berkurang, demam kerana bayi berusia kurang daripada sebulan tidak boleh mengalami demam!
  7. Selain itu, ambil tahu warna najis bayi sepanjang pemantauan bacaan kuning. Sekiranya di tahap abnormal, tolong bawa bayi dengan segera ke Klinik atau Hospital yang terdekat.

Berikut adalah tahap bacaan kuning…

Sumber: twitter

Tahap kuning dibahagikan kepada 5 zon..

Tidak cukup dengan itu Dr Nimelesh turut menerangkan secara klinik pembahagian tahap zon kuning. Antaranya adalah…

Zon 1 – Kuning itu melibatkan kepala dan leher bayi.

Zon 2 – Kuning melibatkan dada dan perut( paras atas tali pusat).

Zon 3 – Kuning melibatkan bahagian bawah tali pusat dan peha.

Zon 4 – Kuning melibatkan tangan (bahagian atas) , kaki dan bawah lutu.

Zon 5 – Kuning melibatkan tapak tangan dan kaki.

“Makin besar nombor zon, anggaran bacaan kuning makin meningkat. Maksudnya kalau kuning pada bacaan zon 3, 4 atau 5 maknanya bacaan kuning sangat tinggi dan merbahaya. Tolong bawa ke klinik,” tegasnya.

Kesimpulannya, jangan suka-suka ikut tip dari bacaan yang sumber tidak sahih. Pastikan dapat rujukan dari doktor bertauliah dan bawa ke klinik atau hospital untuk beri rawatan terbaik untuk si kecil. Nyawa si kecil bukan mainan.

Jangan disebabkan ‘kepala tahu kita’, kesihatan bayi dalam berbahaya.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kena Tahu Beza 8 Jenis Cili Ini

Kuku Kuning? Anda Mungkin Penghidap Penyakit Kronik

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna