Apa Kena Buat Supaya Hujung Bulan Anda Sekeluarga Tak Makan Pasir

Jika anda menetap di sekitar Kuala Lumpur atau Lembah Klang, memang susah untuk dapatkan makanan dengan harga murah. Apa lagi jika kawasan anda di tengah pusat bandar dan dikelilingi bangunan tinggi dan hotel-hotel tumpuan pelancong. Harga makanan memang level firaun.

Makan nasi campur pun boleh mencecah segingga RM20 sekali makan. Itu belum lagi jika kawan-kawan anda jenis suka mengajak makan di tempat fancy, barulah hipster katanya! Tapi duit poket kita tak mampu kalau nak makan sedap dan mahal hari-hari.

Jadi, dalam artikel kali ini, jom sembang tentang macam mana nak uruskan perbelanjaan supaya satu keluarga anda tak makan pasir sampai hujung bulan.

via GIPHY

Rancang pemakanan anda

Bila dah berjimba di kedai makan yang mahal-mahal, simpan sikit duit untuk beli barang keperluan dapur supaya boleh survive beberapa minggu sebelum gaji. Tuliskan apa yang perlu anda beli. Tapi sebelum itu semak dahulu apa makanan yang ada dalam peti ais dan almari anda. Mungkin ada lebihan makanan yang tanpa sedar masih tertinggal. Ini penting bagi mengelakkan pembaziran.

Jangan pandai-pandai beli benda lain

Ha! Bila dah buat senarai barang tu jangan pula tangan itu pandai-pandai masukkan benda tak penting dalam bakul beli belah anda. Pilihlah makanan dan bandingkan harganya dengan jenama yang lain. Ingat, selalunya makanan mahal berada pada eye level anda. Jadi rajinkanlah diri belek-belek jenama lain sesuai dengan bajet anda yang sendu itu. Anda  malas sangat, sekarang ini dah ada banyak apps beli belah yang boleh bantu anda untuk bandingkan harga.

Masak sendiri

Ha, bila dah beli barang dapur itu jangan pula tidak masak. Ada yang berpendapat untuk masak makanan untuk bekalan seminggu pada hujung minggu. Apabila anda masak dengan air tangan sendiri, anda lebih teliti mengenal pasti bahan di dalam masakkan. Anda  pun boleh kawal nutrisi makanan yang anda beri kepada anak-anak anda.

via GIPHY

Masak portion yang banyak

Masak dengan hidangan kuantiti yang banyak  dapat menjimatkan masa dan tenaga. Anda boleh simpan lebihan hidangan anda. Keesokkan harinya, anda boleh panaskan lebihan makanan.

Tak salah untuk makan mewah dengan keluarga. Tapi berpada-padalah. Bukan apa, takut keinginan tak menyamai dengan kemampuan kita. Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna