Apa Hukum Vaksin Dalam Perspektif Islam?

Baru-baru ini, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita virus Polio kembali selepas hampir 2 dekad negara kita diisytiharkan bebas Polio dan segalanya bermula di Tuaran, Sabah. Kes ini mengusarkan orang ramai termasuk para doktor kerana bertambah lagi jenis penyakit merbahaya yang mereka perlu rawat.

Apa yang membimbangkan lagi virus ini mudah dijangkiti bayi dan warga emas kerana imunisasi mereka lemah tetapi dengan nasihat daripada doktor-doktor bertauliah yang cuba membanteras virus Polio ini, mereka menyeru orang ramai supaya vaksin badan supaya birus ini dapat dihapuskan.

Malangnya…

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), virus ini boleh dicegah bila liputan imunisasi lebih daripada 95%. Malangnya, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang menolak vaksin dan bertindak lebih hebat daripada pakar perubatan dengan membuat kajian membuta-tuli tanpa bertanya lebih mendalam kepada pihak hospital.

Ini membimbangkan ramai doktor di Malaysia terutama, pelatih Pakar Surgikal, Dr Amalina Bakri sehingga meminta pihak KKM dan pihak menteri supaya bertindak melakukan sesuatu supaya memastikan rakyat Malaysia buka mata tentang kebaikan vaksin.

Berikutan itu, Mufti Wilayah Persekutuan telah berkongsi satu artikel tentang penerangan hukum pengambilan vaksin dalam perspektif Islam. Artikel tersebut mengatakan, melihat daripada hukum pengambilan vaksin berdasarkan kandungannya, fatwa-fatwa ulama dan institusi fatwa penyuntikkan vaksin bagi menambah imunisasi badan adalah diharuskan oleh Syarak.

Ini kerana untuk mengelakkan serangan beberapa penyakit berjangkit, seperti mana yang disarankan oleh para doktor, dan institusi-institusi perubahan tempatan dan antarabangsa. Kesimpulannya, jangan pentingkan diri sendiri dan jika tidak ingin kesihatan  terjejas, ambillah vaksin.

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik senarai artikel berikut:

Makin Berleluasa! Facebook Akan Sekat Info Kumpulan Anti-Vax

“Polio Boleh Dicegah Bila…” – Langkah Kawalan Dari KKM

 

 

 

 

Sumber: pejabatmuftiwilayahpersekutuan

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna