Apa Fungsi Sebenar Bulu Ketiak?

Gatalnya ketiak aku ni, nak garu ada orang pulak,”

Pernah tak mengalami dilema ni? Nak garu, malu. Kalau tak garu, tak boleh fokus la pula aduh! Itu baru bila ketiak gatal. Belum lagi kalau part berpeluh dan mengeluarkan bau, fuuhhh! Struggle juga kepit-kepit ketiak sebab nak sorok bau dengan kesan peluh tu.

Walaupun bulu ketiak antara bulu yang tak popular macam bulu lain seperti rambut, bulu kening, bulu mata dan bulu kaki tapi ia adalah salah satu bulu yang boleh buat mood pasangan kita kelaut kalau dia dah mula memanjang dan menebal.

Sumber: IDNtimes

Bayangkan nak bersama malam tu, bila angkat ketiak je, pergh! Lebat bulu kerinting-kerinting kasar kelihatan. Maklumlah, bila bulu tak popular ni, kita jadi lupa nak menguruskannya. Tapi, tak ramai yang tahu fungsi bulu ketiak ni apa. Berikut adalah fungsi bulu ketiak menurut sebuah portal.

  1. Bulu semula jadi untuk meresap peluh-peluh yang biasanya keluar ketika cuaca panas atau ketika bekerja banyak menggunakan tenaga tulang empat kerat.
  2. Meresap kelembapan daripada melekat di kulit ketiak.
  3. Mengelakkan dari kulit melecet apabilaa berpeluh atau menggaru.
  4. Membantu melakukan ventilasi atau pertukaran udara pada anggota ketiak itu.

Ha.. dah tahukan fungsi bulu ketiak? Tapi bukan bermakna anda kena bela bulu ketiak. Dalam Islam pun sunnah bagi lelaki dan perempuan mencukur atau mencabut bulu ketiak kerana untuk penampilan kelihatan bersih.

Kalau dah malas atau dah tak ada masa sangat nak cukur atau cabut bulu ketiak tu, senang je! Buat rawatan laser terus. Untuk dapatkan rawatan laser bulu ketiak, anda boleh klik saja di sini untuk dapatkan promosi best-best di Superdeals!

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel berikut:

Malu Celah Ketiak Hitam? Cuba Ikut Penjagaan Pelakon Jelita Ni ,

Penat Sental Ketiak Tak Putih-Putih, Guna Cara Ni Je!

 

 

 

 

Sumber: islamituindah

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna