Apa ‘Function’ Pakai Gincu Kalau Mulut Dah Tutup Dengan ‘Mask’?

Sebagai langkah pencegahan COVID-19, kita semua digalakkan untuk memakai penutup hidung dan mulut. Bila dah seharian pakai mask, maka terlindunglah muka kita. Jadi, kadangkala itu adalah juga terfikir perlu ke nak bersolek? Orang bukan nampak muka kita pun.

Kalau bahagian bibir, memang akan terlindung. Tapi ada beberapa bahagian lain yang boleh memberikan fokus untuk menambahkan seri pada wajah. Maka, dalam artikel kali ini, jom kita bincangkan apakah tip paling padu untuk bersolek semasa memakai mask.

Bedak

Walaupun pakai topeng, anda masih boleh mengenakan bedak asas. Pilihlah jenis medium coverage atau untuk menutup bekas jerawat dan mengawal kadar minyak pada kulit.

Bulu mata

Ini ialah bahagian penting untuk nenambahkan seri pada wajah anda. Anda boleh tampil cantik dengan bulu mata panjang dan lentik. Kalau yang nak pakai bulu mata palsu itu pastikan tak gugur tau.

via GIPHY

Eyeliner

Kalau mata anda asyik nampak letih, eyeliner adalah penyelamat yang paling mujarab. Semakin tebal eyeliner, semakin besar kelopak mata. Kalau mata anda memang dah besar, gunakan eyeliner nipis pun dah cukup.

BACA: Wipe Tissue Buang Make Up, Tengok Kesannya Pada Kulit!

Eyeshadow

Anda juga boleh menambahkan seri kelopak mata dengan mengoleskan eyeshadow. Antara warna yang dicadangkan ialah soft brown, dark brown, kita dan navy di sudut mata.

via GIPHY

Ada dua jenis eyeshadow iaitu matte dan shimmering yang memberikan efek berkilau. Jika anda ingin memakainya pada waktu pagi dan siang, pilihlah yang jenis matte. Kalau nak pilih warna eyeshadow mengikut warna kulit pula, mereka yang mempunyai warna kulit putih boleh mencuba warna seperti pink, fuchsia, biru. Manakala bagi mereka yang berkulit gelap pula memilih navy blue.

BACA: Double Cleansing& Penting Buat Wanita Yang Suka Makeup

Gincu

Sebenarnya, walaupun tak nampak bahagian bibir semasa memakai mask, namun anda digalakkan untuk menggunakan pelembap bibir bagi mengelakkan bibir kering dan mengelupas. Bila dah tebal di bahagian mata, anda boleh la pilih soft pink atau merah untuk menambahkan warna bibir.

via GIPHY

Rupanya normal baharu ini tak hanya ajar macam mana dan melakukan jarak sosial antara satu sama lain. Tapi cara kita bersiap dan bersolek setiap hari pun berbeza. Inilah sedikit tip yang dicadangkan. Selamat mencuba.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: CNN

 

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna