Apa Beza Niat Puasa Di Hati & Bertutur Di Mulut? Ini Penerangan Dai Wan

Antara syarat sah mengerjakan ibadat puasa adalah beragama Islam, waras, baligh, bebas dari uzur dan niat. Mudah saja syarat puasa tapi, dalam mudah masih ada lagi umat Islam yang terlepas pandang melakukan niat puasa pada malam hari.

Iyalah, kadang tu, kita sibuk melakukan kerja seharian sehinggakan terlepas pandang dengan perkara-perkara kecil. Namun, terlupa niat bukanlah satu perkara yang enteng dalam menunaikan ibadat puasa. Besar kesannya kerana boleh membatalkan puasa.

Sumber: konsultasisyariah

Bagi mengukuhkan lagi kenyataan ini, kami menemubual seorang pendakwah bebas iaitu Da’i Wan untuk menjelaskan perkara ini lebih mendalam sama ada sah atau tak puasa jika kita terlupa niat dan apa yang harus kita lakukan jika terlupa niat.

Katanya, ya puasa tak sah kalau terlupa niat pada malam hari dan untuk pengetahuan semua, menurut ulama mazhab Syafi’e waktu bermulanya niat adalah selepas maghrib hingga sebelum masuk waktu subuh. Apabila terlupa niat, maka haruslah mereka ganti puasa yang ditinggalkan.

via GIPHY

Apa beza niat dalam hati dan bertutur di mulut?

“Niat bermaksud kita ingin lakukan sesuatu secara bersungguh. Dalam bab lafaz niat di sisi mazhab Syafi’e, lafaz niat cukup sekadar didengar oleh diri sendiri bagi memenuhi syarat.

Kalau tak lafaz niat dengan bertutur? Sah tak? Puasa tetap sah. Tapi, kalau ikut sudut pandang mazhab Hanbali dan Mazhab syafie, niat dalam hati dan lafaz, dua-dua dituntut,”

Waktu mana yang dibolehkan untuk niat puasa 30 hari?

Bagi syarat untuk niat puasa 30 hari, ia hanya dilakukan pada malam 1 Ramadan saja dan ini adalah berpandukan dari fekah mazhab Imam Malik kerana mereka niat sebulan puasa pada malam 1 Ramadan saja.

Rasanya, sudah jelas penerangan tentang niat puasa daripada Da’i Wan. Semoga membantu umat Islam kita cakna dengan ilmu. Akhir kata, siapa yang tak sempat berniat puasa sebulan dan kemudian terlupa niat puasa pada malam harinya, jangan lupa ganti puasa nanti ye?

 

 

 

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna