Antara Transformasi Sistem Pendidikan & Sekolah Menjelang 2019

Seiring dengan perubahan kerajaan, Menteri Pendidikan Malaysia iaitu Dr. Maszlee Malik ber­­usaha untuk mentransforma­sikan sistem pendidikan dengan tidak tertumpu pada sistem sekolah sahaja.

Sumber: kwongwah

Beberapa hari lalu, YB Dr. Maszlee Malik telah memuat naik status menerusi akaun twitter miliknya yang menyenaraikan perubahan di dalam pendidikan sistem sekolah menjelang 2019.

Paling menarik perhatian orang ramai adalah, tiada lagi pembahagian kelas antara bijak dan kurang bijak serta perlaksanaan pemansuhan peperiksaan bahagi murid tahun 1, 2 dan 3.

Menurut Maszlee, perlaksanaan ini untuk tidak memberi tekanan kepada si manja untuk berlumba-lumba dapatkan keputusan cemerlang dan sekadar menghafal untuk menjawab soalan berdasarkan skema jawapan yang diberikan.

Tambahnya lagi, pendidikan Malaysia bukan mahu mengeluarkan produk pelajar seperti robot. Beliau menekankan pada bakat dan minat si manja untuk menjadi seorang yang lebih produktif dan mempraktikan apa yang mereka belajar.

Ini kerana, beliau merasakan sistem pendidikan kini membuatkan pelajar hanya belajar tapi tidak tahu mempraktikan pada kehidupan seharian mereka.

Sama-sama kita semua saksikan bagaimana pelaksanaan ini memberi impak kepada pelajar selain guru, ibu bapa dan pihak-pihak lain yang terlibat. Harapnya tiada masalah seperti PT3 pelajar tertekan dengan soalan KBAT.

 

 

 

 

Sumber: Maszlee Malik

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna