Antara Tanaman Hijau Yang Murah & Mudah Jaga

Mungkin ada di antara pembaca Donna dah tahu beberapa jenis tumbuhan yang mudah dan senang nak di jaga. Sungguhpun, Donna yakin dalam kata mudah nak dijaga tu mesti perlu di siram hari-hari. Aduh! Ada sesetengah dari kita ni sibuk, tak menang tangan nak uruskan anak, kemas rumah, melayan suami.

Kadang tu tak sempat nak buat semua tu pun. Lebih teruk lagi, sampai tak bersiram pokok berhari-hari. Akhirnya, tanaman hijau pun layu macam tu je. Kesian pokok hm, nak buat macam mana ni? Ha! Jangan risau, orang indonesia kata “gampang aja dong!” Aip! Bukan mencarut ye!

via GIPHY

Sekarang ni Donna nak kongsikan beberapa jenis pokok yang boleh tahan lama walaupun tak disiram berhari-hari.  Cuma perlukan keadaan yang redup, bersuhu bilik, tanah yang mencukupi dan apa yang lagi menarik, senarai pokok-pokok ni dapat memberi udara yang lebih segar. Antaranya…

ZZ Plant

Tumbuhan ZZ atau lebih dikenali dengan nama Zamioculcas Zamiifolia adalah sejenis tumbuhan yang dikatakan paling tahan lasak kerana tumbuhan ni tak ramai yang tahu walaupun dikatakan tumbuhan yang paling kuat di antara yang lain kerana ZZ mempunyai satu sistem di bahagian akarnya untuk menyimpan air. Jadi, ia boleh hidup dalam tempoh berbulan-bulan sebelum ia memerlukan air semula.

Aloa Vera

Aloa vera sangat terkenal kerana gel yang terkandung dalam daunnya sangat berkhasiat. Hm, sudahlah memberi manfaat kepada diri kita, penjagaan tumbuhan dia pun sangat mudah kerana ia boleh diletak di bahagian luar atau dalam rumah asalkan mempunyai sedikit pancaran cahaya matahari. Misalnya, letakkan di cermin tingkap dapur.

via GIPHY

Spider Plant

Tumbuhan Spider ini mudah membesar walaupun tidak disiram pada setiap hari. Tumbuhan ini juga boleh diletakkan di dalam rumah janji cahaya terus menyimbah ke arahnya.

Ha.. mana yang sibuk sangat tapi sukakan tumbuhan hijau, bela je tumbuhan ni. Mudah dan senang! Cantik pun cantik. Kalau Aloa vera tu lagilah untung sebab gel dia boleh buat face mask. Selamat bercucuk tanam!

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel di sini: 3 Jenis Tanaman Hijau Ini Mampu Beri Kesegaran Dalam Rumah , Ketahui Senarai Hotel Eco-Friendly Yang Bebas Dari Kegunaan Plastik

 

 

 

 

 

 

Sumber: Martha Stewart

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna