Antara Punca Ingin Bercerai Kerana Sharnaaz Bagi Nafkah RM500 Je?

Pergoncangan rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila semakin hangat dibualkan netizen apabila semalam mereka sekali lagi ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur untuk menyelesaikan masalah rumah tangga yang dialami.

Permohonan Nabila untuk bercerai ditolak Sharnaaz Ahmad dan ketika ini mereka dinasihatkan untuk mengikuti arahan mahkamah dengan melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes penceraian itu.

Sebelum ini juga tular di portal berita hiburan tempatan apabila antara faktor yang menyumbang kepada tindakkan Nabila memfailkan cerai adalah kerana nafkah yang diberi Sharnaaz sebanyak RM500 tidak mencukupi walaupun Sharnaaz mampu untuk beri lebih daripada itu.

Sumber: instagram sharnaaz

Selain itu, Noor Nabila turut menyatakan empat alasan lain dan salah satunya, mereka berdua tinggal berasingan sejak Februari 2018 selain tiada nafkah batin lebih setahun.

Menurut Nabila lagi walaupun sudah ditegur dan berbincang bersama ahli keluarga untuk mencapai perdamaian, namun tidak menemui jalan penyelesaian kerana defendan (Sharnaaz Ahmad) masih berterusan dengan sikapnya.

Sumber: instagram noor nabila

Bagaimanapun ketika mereka berdua menghadirkan diri di mahkamah, Sharnaaz yang berpakaian serba hitam  dan bersongkok kelihatan tenang dan enggan mengulas mengenai sebab dia menolak penceraian manakala Nabila  selepas ditemui wartawan, tidak bersedia memberikan kenyataan kemudian menangis di hadapan pengamal media.

“Saya tak bersedia memberikan statement kerana fokus ketika ini membesarkan anak (Jebat Jayden) dengan penuh kasih sayang. Saya minta doa anda semua bagi mempermudahkan urusan,” katanya.

 

Terima kasih….

Sementara itu, Sharnaaz sempat mengucapkan terima kasih kepada yang sudi mendoakan dirinya dan keluarga di atas apa yang sudah terjadi di laman akaun Instagram miliknya dan Nabila, tidak memuat naik apa-apa di laman media sosialnya.

 

Rumah tangga mana yang tidak dibadai ombak kan? Berbincang dengan cara elok, memahami dan tolak ansur adalah jalan penyelesaian sesuatu salah faham. Tapi, jika penceraian adalah jalan terakhir dan terbaik, terimalah dengan redha. Apa pun, kami mendoakan kebahagiaan bagi dua belah pihak.

 

Untuk bacaan artikel lebih menarik, anda boleh klik saja artikel berikut:

‘Jangan Kecoh! Demi Anak Tolong Hentikan Semua Ini’ – Sharnaaz Ahmad Redha Dengan Penceraian ,

Siapa Yang Digelar Narsistik Oleh Nabila? Sharnaaz Atau Netizen?

 

 

 

Sumber:beautifulnaraMetro

 

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna