Antara Anak Artis Yang Menjadi Tumpuan Kerana Kecerdikan Mereka

Memiliki zuriat yang cerdik pandai adalah keinginan setiap para ibu bapa di seluruh dunia. Tipulah kalau ada ibu bapa yang tak kisah atau tak cemburu bila melihat kepintaran kanak-kanak lain melebihi IQ anak mereka.

Tapi, kami yakin, setiap didikan dan pendekatan yang diberikan tu, pasti yang terbaik buat anak-anak anda. Apa yang membezakan setiap kanak-kanak adalah personaliti dan kemahiran mereka yang terbentuk dari persekitaran dan gaya hidup.

Sumber: google

Tak percaya? Jom kita tengok personaliti dan kemahiran senarai anak artis ini. Pasti berbeza-beza.

Yusuf Iskandar

Siapa je tak kenal dengan si cilik, Yusuf Iskandar anak kepada pasangan pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. Semua video yang dimuat naik di media sosial pasti akan menjadi tumpuan orang ramai. Video di bawah ni adalah antara yang menjadi bualan orang.

Bukan saja disebabkan kecomelan yang dimiliki oleh Yusuf tapi kepintaran dalam fasih berbahasa inggeris dan cekap mempelajari sesuatu benda dalam peringkat umur yang sangat awal  membuat orang ramai teruja. Harap bila dah besar, Yusuf boleh jadi contoh yang baik dekat adik Alisa Aisyah ye?

Muhammad

Muhammad atau lebih mesra dikenali dengan nama Che Mad, anak kepada pelakon Diana Danielle dan Farid Kamil antara anak artis yang sering menjadi kegilaan mak-mak. Iyalah, pada usia 6 tahun ni pun, Che Mad dah pandai masak dan sukakan aktiviti lasak. Berenang, main bola dan tunggang motor.

View this post on Instagram

Blue Cheese and Mushroom Train Pasta

A post shared by Muhammad (@chemad7) on

Aaisyah Dhia Rana

Satu Malaysia dah kenal siapa Aaisyah Dhia Rana anak kepada pelakon Rozita Che Wan. Sejak dari dalam perut Che Ta lagi orang ramai sudah mengagak personaliti Aaisyah. Mana taknya, lihat je lah mak dia macam mana. Banyak cakap dan pandai bergaya.

Hasilnya, sekarang tangan penuh dengan gelang emas, pakaian tak payah cakaplah. Sentiasa vogue macam mak dia. Bukan tu je, pada umurnya seawal 4 tahun, Aaisyah sudah petah bertutur dalam loghat utara dan tahu bagaimana bersolek.

View this post on Instagram

letupp ka dakk?😆😆

A post shared by LITTLE PRINCESS AAISYAH Che Ta (@aaisyahdhiarana11) on

Arrianshah Akid & Andrashah Iman

Baca nama penuh pasti ramai yang tak kenal dua nama ni, panjang sangat! Tapi, kalau dengar nama Arrian dan Andra, siapa lagi kalau bukan anak penyanyi hebat Tomok. Lihat pada wajah je, dah tahu dah mereka dua ni bijak. Lihat je lah video di bawah ni, rasa geram je tau!

View this post on Instagram

‘marah bukan sifatku’ with andra

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

Terbukti setiap personaliti dan kemahiran mereka berbeza-beza, bukan? Namun, perkembangan anak itu berbeza dan jangan dibanding-bandingkan. Apa yang pasti telatah kanak-kanak insta-famous ini menjadi hiburan buat ramai netizen di luar sana.

Untuk bacaan yang lebih menarik lagi, anda boleh klik di sini: 3 Tahun Jadi Anak Artis, Ini Antara Telatah Yusuf Buat Hati Pengikut Runtun!

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna