Anggaran 10 Maut Setiap Hari, Kanser Ini Antara Yang Paling Agresif Di Malaysia

Mendengar namanya disebut sahaja sudah gerun rasa di hati. Antara penyakit yang paling ditakuti kerana ia mampu membunuh. Kenyataan ini bukan mahu menakut-nakutkan, akan tetapi ia adalah realiti pahit yang harus ditelan kerana saban hari jumlah mereka yang disahkan menghidapi penyakit kanser semakin bertambah.

Pada tahun lepas sahaja angka kematian akibat penyakit kanser di hospital kerajaan di Malaysia meningkat 50 peratus sejak tahun 1996. Memetik laporan daripada Hmetro, statistik Kementerian Kesihatan (KKM) juga mendapati, satu daripada empat penduduk berisiko menghidap kanser pada usia 75 tahun, sekali gus menjadikan kanser punca kedua tertinggi kematian di negara ini.

Lebih mengejutkan kanser paru-paru dilaporkan sebagai antara kanser manusia paling agresif dan statistik di Malaysia juga menunjukkan 10 penduduk meninggal dunia akibat kanser paru-paru setiap hari.

Okay, Donna ada berita baik nak kongsi dengan pembaca semua. Khas untuk anda yang suka shopping, kini anda boleh ber-shopping sambil menderma untuk membantu mereka yang sedang bertarung dengan kanser. Yelah, orang kata sambil menyelam, minum air. Sambil kita ber-shopping, kita juga dapat beramal dengan menderma. Nak tahu macam mana? Baca ni:

11.11 #ShopeeMAKNA Charity Challenge

Kali ini Shopee kembali dengan kempen kebajikan 11.11 Charity Challenge #ShopeeMAKNA yang bertujuan untuk mengumpul dana untuk Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA) sempena Shopee 11.11 ini.

MAKNA adalah rakan NGO yang bergiat aktif dalam memperjuangkan pesakit kanser.

Anda yang berminat boleh menyumbang menerusi kedai rasmi ShopeeMAKNA di Shopee dengan memilih jumlah yang ingin disumbangkan bermula serendah RM5. Menariknya, penyumbang layak mendapatkan resit potongan cukai daripada MAKNA.

  1. RM5
  2. RM10
  3. RM20
  4. RM50
  5. RM100 (Ujian darah percuma bernilai RM100 di Pusat Perubatan Sunway akan diberikan kepada 300 penyumbang pertama)
  6. RM250 (Pakej mammogram 3D percuma bernilai RM430 di Pusat Perubatan Sunway untuk 50 penyumbang pertama)

Anda yang berminat untuk menderma boleh klik di sini. 

Eh, ada TV show juga? Yes betul tu, jangan lupa untuk menonton bintang kesayangan anda untuk beraksi dan anda boleh menontonnya di Astro Prima SD (Channel 105) dan Prima HD (Channel 121) bermula 11 November 2019 dari 9 malam hingga 11 malam. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shopee.com.

Alang-alang shopping di Shopee nanti, jangan lupa gunakan kod Donna di bawah, untuk dapatkan diskaun hebat. Tertakluk terma dan syarat ya. 

Langkah Untuk Elak Kanser

Ramai juga yang mengatakan wanita paling mudah terdedah dengan pelbagai penyakit terutama kanser, namun tahukah anda ia boleh dielakkan dengan melakukan pemeriksaan kesihatan serta ujian saringan dari semasa ke semasa.

Sebenarnya ramai tidak mengambil berat gelaja awal kanser dan hanya mendapat tahu dan mendapatkan rawatan apabila keadaan sudah berada di tahap kritikal. Alasan yang diberikan, kerana mereka sangka mereka tidak mempunyai risiko atau tiada anggota keluarga menghidap penyakit kronik.

Siapa kata tiada cara yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan risiko terkena kanser. Anda boleh mencegahnya dengan mengamalkan gaya hidup sihat, dapatkan berat badan ideal serta banyakkan makan buah-buahan serta saur-sayuran. Lakukan juga senaman setiap minggu dan hentikan daripada merokok dan mengambil alkohol.

Apa pun, moga penghidap penyakit kanser tabah mengharungi dugaan dan semoga mereka diberikan kesembuhan yang baik. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Hmetro

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna